FAQs

 


Malaysian University Selection Inventory (MUnSyI)

 

Apakah ujian MUnSyI?
 
Ujian MUnSyI (Malaysian University Selection Inventory) ialah suatu ujian pemilihan untuk kemasukan ke program pengajian di Universiti Sains Malaysiia (USM) bagi lepasan STPM/setaraf.
 
Bagaimanakah bentuk atau format soalan MUnSyI?
 
Soalan dalam ujian ini adalah berbentuk psikometrik.
 
Berapakah bilangan soalan dan masa menjawab MUnSyI?
 
Jumlah soalan adalah sebanyak 310 soalan yang perlu dijawab dalam masa 1 jam.
 
Apakah fungsi MPM dalam pengendalian ujian MUnSyI?
 
MPM hanya membantu Universiti Sains Malaysia (USM) dalam urusan penempatan calon mengikut pusat ujian, penyediaan kertas soalan, penghantaran kertas soalan ke pusat ujian, pengendalian ujian, dan pemprosesan keputusan.
 
Apakah kelayakan yang diperlukan untuk terpilih menduduki ujian MUnSyI?
 
Pemilihan calon dibuat oleh Unit Pengambilan dan Kemasukan Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik, USM. Maklumat lengkap tentang MUnSyI boleh diperoleh melalui Portal Rasmi USM www.admissions.usm.my atau hotline 1 300 888 876