Sumber
- Publication
- STPM Terminal
- STPM Examination Timetable
- STPM Syllabus
- Regulations and Schemes of Examination
- Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon STPM 2012
- Tukar/Tambah/Gugur Mata Pelajaran
- Change of Examination Centre
- Use by State of Education/PPD/School/Institution
- Appeals for Remarking of STPM Examinations papers
- STPM Certificates
- Notices and circulars related to MEC
- Guidelines on SMS Services
- Important dates for JPN/schools/candidates
- Steps that should be taken by the Examination Secretary of Schools/Institutions
- Steps that should be taken by the Desk Officer of State Education Departments
- Registration of Private Individual Candidates
- STPM Forms
- Seni Visual Kertas 3 (970/3) STPM 2012
- MITPE
- Archive
- MeSP Manual
- SMS Manual
- MEC Awards
- Online Service Statistic
- Photo, Audio & Video Gallery
JPA Circulars
| [JPA.(SULIT)324/7/19(33).] | Siri No. 0013 |
| | |
| SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 1983 | |
Tuan,
KELAYAKAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA BAGI MAKSUD PERLANTIKAN KE DALAM PERKHIDMATAN KERAJAAN
Adalah saya diarah memaklumkan bahawa mulai daripada tahun 1982 Kerajaan telah mengendalikan sepenuhnya peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mengikut cara sistem terbuka. Dengan itu juga Peperiksaan STP/HSC yang mengeluarkan Sijil Penuh (Full Certificate) dan sijil Kenyataan (Statement) telah dimansuhkan dan digantikan dengan peperiksaan STPM yang baru. Sebagaimana yang tuan sedia maklum bahawa Sijil Tinggi Persekolahan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan adalah merupakan kelayakan masuk minima yang ditetapkan dalam skim-skim perkhidmatan Kumpulan B.
| 2. | Dalam peperiksaan STPM yang baru sistem penggredan matapelajaran adalah sama seperti penggredan dalam peperiksaan STP/HSC Cambridge iaitu berasaskan Gred A, B, C, D, E, R dan F. Peringkat kelulusan berasaskan gred ini ialah:
Calon-calon yang lulus walaupun dalam satu matapelajaran sahaja adalah berhak mendapat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. | ||||||||
| 3. | Memandangkan terdapat banyak skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan masuk minima STP/HSC dan Peperiksaan STP/HSC pula telah dimansuhkan, maka kelulusan STPM yang dapat dianggap sebagai setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh STP/HSC bagi maksud perlantikan ke dalam Perkhidmatan Kerajaan adalah seperti berikut:
Pemohon-pemohon yang tidak memiliki salah satu daripada kelulusan di atas adalah tidak layak dipertimbangkan untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelulusan STP/HSC atau kelayakan-kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan sebelum ini. | ||||||||
| 4. | Sukacita juga dimaklumkan bahawa kelayakan Sijil Penuh STP/HSC atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan masih lagi diiktiraf bagi maksud perlantikan ke jawatan-jawatan Kumpulan B dalam Perkhidmatan Awam. |
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
t.t
(NIK MUSA BIN HAJI NIK ABDULLAH)
Bahagian Perjawatan,
b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Malaysia.
29hb Mac, 1983
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,
Jalan Cenderasari,
Kuala Lumpur.
Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran,
Jalan Cenderawasih,
Kuala Lumpur.
Setiausaha,
Suruhanjaya Polis Di-Raja Malaysia,
Jalan Dato' Onn,
Kuala Lumpur.
Urusetia,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan,
Cawangan Sabah,
Tingkat 1, Bangunan Natikar,
Jalan Padang,
Kota Kinabalu,
Sabah.
Urusetia,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan,
Cawangan Sarawak,
Tingkat 4, Bangunan Tun Datu' Patinggi Tungku Haji Bujang,
Simpang 3,
Kuching,
Sarawak.
Semua Pihak Pengurusan Badan-badan Berkanun
Semua Pihak Pengurusan Kuasa-kuasa Tempatan
s.k.
| Pegawai Perjawatan Persekutuan, Kuching, Sarawak | |
| Pegawai Perjawatan Persekutuan, Kota Kinabalu, Sabah |
Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia,
Tingkat 9-14 & 16, Bangunan UMBC, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur 01-33
Telefon: 208144 Alamat Telegraf "Festoff Kuala Lumpur"
DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA, KUALA LUMPUR
75877—12-4-83
| [JPA.(SULIT)324/1/1-3/(49)] | Siri No. 6527 |
| | |
| KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 6 TAHUN 1986 | |
PINDAAN KEPADA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 1983 MENGENAI KELAYAKAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA BAGI MAKSUD PERLANTIKAN KE DALAM PERKHIDMATAN KERAJAAN
Adalah saya diarah memaklumkan iaitu mulai dari tahun 1987, Majlis Peperiksaan Malaysia akan meminda matapelajaran Kertas Am dalam peperiksaan STPM dan namanya akan ditukarkan kepada Pengajian Am serta taraf matapelajaran ini diperingkatkan kepada peringkat "Principal".
| 2. | Selaras dengan perubahan itu nanti, pecahan (a), (b), (c) dan (d) sahaja pada perenggan 3 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1983 adalah dimansuh dan digantikan dengan perenggan baru seperti berikut: | |||||||||
|
| "3.1 | Bagi Peperiksaan STPM Sehingga 1986: | ||||||||
|
|
|
| ||||||||
| 3.2 | Bagi Peperiksaan STPM Mulai 1987: | |||||||||
| ||||||||||
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
t.t
DATUK ZAHARI BIN ABD. RASHID
Bahagian Perjawatan,
b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Malaysia
16hb September, 1986.
Semua Ketua Setiausaha Kementerian.
Semua Ketua Jabatan Persekutuan.
Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri.
Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,
Jalan Cenderasari,
Kuala Lumpur.
Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran,
Jalan Cenderawasih,
Kuala Lumpur.
Setiausaha,
Suruhanjaya Polis Di Raja Malaysia,
Jalan Dato' Onn,
Kuala Lumpur.
Urusetia,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan,
Cawangan Sabah,
Tingkat 1, Bangunan Natikar,
Jalan Padang,
Kota Kinabalu,
Sabah.
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Tingkat 3-13 Dan 15,
Wisma Bernama,
Jalan Tun Razak,
50510 Kuala Lumpur.
Ruj.Kami: JPA.324/7/46/Klt.2/0(50)
Tarikh : 9 September 1988
Setiausaha,
Urusetia,
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan,
Tingkat 21, 32 & 33, Menara Dato' Onn,
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),
Jalan Tun Ismail,
50526 KUALA LUMPUR.
(up/: Encik Muhammad bin Sheikh Abdullah Al-Amudi)
Tuan,
Pengesahan Mengenai Lulus Sebahagian (R) Dalam Pengajian Am - Peperiksaan STPM
Saya adalah diarah merujuk kepada surat tuan SPP.20/4/18/(70) bertarikh 24 Ogos 1988 mengenai perkara di atas.
| 2. | Sukacita Jabatan ini mengesahkan bahawa lulus sebahagian matapelajaran Pengajian Am adalah dikira sebagai telah lulus kertas tersebut untuk maksud lantikan ke perkhidmatan kerajaan Kumpulan B dan A. |
Sekian terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"CINTAI BAHASA KITA"
Saya yang menurut perintah,
t.t
(JAMALUDIN BIN YAHAYA)
Bahagian Perjawatan,
b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam






