Kadar Bayaran Ujian
(a) Bayaran untuk menduduki ujian MUET adalah seperti yang berikut:
| Yuran pendaftaran | RM 40.00 |
| Yuran mata pelajaran | RM 60.00 |
| Jumlah | RM100.00 |
Bayaran perlu dibuat dengan cara membeli nombor PIN MEC daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara perbankan internet. Maklumat lanjut sila layari www.mesp.gov.my/online.
Nota: BSN akan mengenakan caj sebanyak RM1.00 bagi setiap pembelian nombor PIN MEC.
(b) Bayaran yang telah dibuat akan terpapar pada Slip Pendaftaran MUET (MUET/PP) untuk rujukan calon.





