PERMOHONAN DIPELAWA DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN UNTUK MENGISI JAWATAN TETAP YANG BERIKUT
(1) PEGAWAI PEPERIKSAAN GRED DG41
Kelayakan:
Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari universiti tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya serta Diploma Pendidikan atau kelayakan perguruan lain yang setaraf dengannya. Calon yang mempunyai pengkhususan dalam bidang Bahasa Inggeris (TESL atau English Literature), Fizik, dan Kimia sahaja yang layak memohon jawatan ini.
[Gaji permulaan: RM 1,710.60 + RM 660.00 (Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan, dan Bantuan Sara Hidup)]. Bagi Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat, gaji permulaan ialah satu mata gaji lebih tinggi daripada mata gaji sekarang.
(2) PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
Kelayakan:
Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan: RM 1,651.31 + RM 660.00 (Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan, dan Bantuan Sara Hidup)]. Bagi Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat, gaji permulaan ialah satu mata gaji lebih tinggi daripada mata gaji sekarang.
A. CARA MEMOHON:
-
Borang Permohonan MPM 1 boleh diperolehi daripada
Majlis Peperiksaan Malaysia, Bahagian Pengurusan Personel dan Pentadbiran, Bangunan MPM, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan atau mencetak sendiri daripada laman web
www.mpm.edu.my.
-
Permohonan borang melalui pos mestilah disertakan dengan sampul surat (23cm x 10cm) beralamat sendiri dan bersetem 50 sen.
-
Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran pasport, salinan sijil persekolahan, salinan Ijazah/Diploma/Sijil (berserta transkrip keputusan peperiksaan), salinan sijil lain yang berkaitan, dan salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
-
Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terkini. Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, hanya mereka yang telah disahkan dalam jawatan dan telah berkhidmat sebagai guru tidak kurang daripada 5 tahun layak memohon.
- Nama jawatan yang dipohon hendaklah ditulis di sudut atas sebelah kiri sampul surat.
- Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah di hantar kepada:
Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
Bangunan MPM, Persiaran 1
Bandar Baru selayang
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan
(u.p: Bahagian Pengurusan Personel dan Pentadbiran)
B. CATATAN AM:
- Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
-
Permohonan-permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia.
-
Sebarang permohonan yang lewat, tidak lengkap, dan tidak mematuhi syarat akan ditolak dan dianggap tidak berjaya.
(TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 23 Februari 2007 )