Selamat Datang Pelawat  

  Jumaat, 10hb September 2010  

 

INFO KORPORAT

 

PEPERIKSAAN

 

PERHIDMATAN ONLINE

Profil Jabatan > Struktur Organisasi > Urus Setia Majlis

                            CARTA ORGANISASI URUS SETIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

Urus Setia Majlis

Pentadbiran MPM dan pengurusan peperiksaan dijalankan oleh Urus Setia Majlis yang bertanggungjawab kepada Majlis. Urus Setia ini diketuai oleh Ketua Eksekutif yang menjadi Ketua Pegawai Pentadbiran dan Ketua Pegawai Akademik. Ketua Eksekutif MPM kini ialah Encik Omar bin Abu Bakar.
Urus Setia Majlis terbahagi kepada dua sektor yang masing-masing diketuai oleh Timbalan Ketua Eksekutif 1 dan Timbalan Ketua Eksekutif 2. Sektor-sektor tersebut adalah seperti yang berikut.

1.  Sektor Penyelidikan, Pembinaan, dan Pengujian

      (a) Bahagian Penyelidikan dan Dasar Peperiksaan
            (i)  Unit Penyelidikan
      (b) Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat
      (c) Bahagian Sains dan Matematik
            (i)  Unit Sains
            (ii) Unit Matematik
      (d) Bahagian Sains Sosial dan MUET
            (i)  Unit Bahasa
            (ii) Unit Sastera
            (iii)Unit Agama  
      (e) Bahagian Percetakan Keselamatan
      ( f) Bahagian Pembinaan Penilaian Tahap Kecekapan-Sistem Saraan Malaysia dan
            English Language Competency Test.

Sektor ini bertanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan dengan sukatan pelajaran, pembinaan kertas soalan, percetakan dan perbekalan kertas soalan, pemprosesan keputusan dan data peperiksaan, menetapkan standard, menganugerahkan keputusan peperiksaan, penyelidikan, dan latihan.

2. Sektor Pentadbiran Am, Kewangan, dan Pengendalian  Peperiksaan

    (a) Bahagian Pengurusan Personel dan Pentadbiran
    (b) Bahagian Pengurusan Kewangan
    (c) Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM dan MUET
          (i)   Unit STPM
          (ii)  Unit MUET
    (d) Bahagian Pengurusan Keselamatan
    (e) Bahagian Pengendalian Penilaian Tahap Kecekapan-Sistem Saraan Malaysia dan English
          Language Competency Test.

Sektor ini bertanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan dengan perjawatan, perkhidmatan, pentadbiran am, perakaunan, pendaftaran calon, pengendalian pusat peperiksaan, pemeriksaan skrip jawapan, pelantikan pengawas dan pemeriksa, dan keselamatan
Selain bahagian-bahagian di atas, terdapat dua unit lain yang bertanggungjawab terus kepada Ketua Eksekutif, iaitu Unit Perhubungan Awam dan Unit Audit Dalam.
Dalam pengurusan peperiksaan, MPM mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pegajian Tinggi Malaysia, dan semua institusi pengajian tinggi.

 

:: E-MEL STAF

  :: CARIAN
  :: BERITA TERKINI

Keputusan PTK Jun 2010
22 Julai 2010

Semak melalui SMS dengan menaip PTK RESULT<jarak> NO. KP dan hantar ke 15888 atau PTK<jarak> NO.KP dan hantar ke 36363
ATAU
Semak melalui online di http://www.mpm.edu.my

  :: KALENDAR

<<   Jun 2010   >>

Aha

Isn

Sel

Rab

Kha

Jum

Sab

 

 

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  :: TARIKH KEMAS KINI

26 Ogos 2010

  :: MS ISO 9001:2000

MPM telah dianugerahi
Sijil MS ISO 9001:2000
pada 3 Mac 2005

  :: BILANGAN PELAWAT

  8810133 

PENAFIAN
Kerajaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. 
Hakcipta terpelihara @ 2004 - Majlis Peperiksaan Malaysia
Konsep dan Rekabentuk oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat
.  
webmaster@mpm.edu.my