Selamat Datang Pelawat  

  Jumaat, 10hb September 2010  

 

INFO KORPORAT

 

PEPERIKSAAN

 

PERHIDMATAN ONLINE

Peperiksaan STPM > Syarat Kelayakan

1.1

Calon yang mempunyai satu daripada kelayakan yang berikut, termasuk lulus Bahasa Melayu* dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), layak menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

(a) SPM 1999 atau tahun sebelumnya
(b) SPM (Vokasional)
(c) Malaysia Certificate of Education (MCE)
(d) Federation of Malaya Certificate of Education
(e) Cambridge School Certificate
(f)

GCE/SAP (Malaysia atau Cambridge dengan tiga kelulusan peringkat biasa** yang diperoleh dalam satu peperiksaan)

(g)

SPM tahun 2000 hingga tahun 2008 yang diperoleh dalam satu peperiksaan dengan mendapat

(i) sekurang-kurangnya gred 6C bagi tiga mata pelajaran, atau
(ii) sekurang-kurangnya gred 6C bagi dua mata pelajaran dan lulus empat mata pelajaran

* Calon yang memenuhi syarat (g) tetapi gagal Bahasa Melayu boleh menggunakan keputusan lulus Bahasa Melayu yang diambil dalam peperiksaan SPM Ulangan. Calon yang berasal dari luar negara dikecualikan daripada syarat lulus Bahasa Melayu peringkat SPM.

** Kelulusan peringkat biasa GCE/SAP bermakna kepujian pada peringkat SPM/MCE.

1.2

Calon yang mempunyai kelayakan seperti yang disenaraikan dalam perkara 1.1 di atas mestilah memperoleh kelayakan ini sekurang-kurangnya dua tahun sebelum mengambil peperiksaan STPM.

1.3

Calon yang mempunyai mana-mana kelayakan luar negeri yang setaraf dengan SPM   hendaklah terlebih dahulu memohon kebenaran untuk mengambil peperiksaan STPM daripada Majlis Peperiksaan Malaysia.

Nota:

* Calon yang memenuhi syarat (g) tetapi gagal Bahasa Melayu boleh menggunakan keputusan lulus Bahasa Melayu yang diambil dalam peperiksaan SPM Ulangan. Calon yang berasal dari luar negara dikecualikan daripada syarat lulus Bahasa Melayu peringkat SPM.

** Kelulusan peringkat biasa GCE/SAP bermakna kepujian pada peringkat SPM/MCE.

Maklumat Pendaftaran

1.1

Calon mestilah mendaftarkan diri untuk menduduki peperiksaan dan mengambil sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.

1.2

Calon dibenarkan mendaftarkan diri sekali sahaja dalam satu tahun peperiksaan.

1.3

Calon sekolah/institusi hendaklah membuat pendaftaran di sekolah/institusi, manakala calon persendirian individu di Pejabat Pelajaran Daerah(PPD).  Borang pendaftaran boleh diperoleh daripada PPD atau mencetaknya melalui laman web MPM. Untuk mengetahui alamat dan nombor telefon PPD, sila klik PPD.

1.4

Bagi calon persendirian individu yang ingin mendapatkan borang pendaftaran STPM, boleh mencetak borang tersebut di laman web MPM. 

1.5

Maklumat lanjut sila rujuk:                                                                                                                     

APKC(SI) - bagi calon sekolah/institusi
APKC(P) - bagi calon persendirian individu

1.6

Jika calon ada sebarang kemusykilan sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Untuk mengetahui alamat dan nombor telefon JPN, sila klik JPN.

 

:: E-MEL STAF

  :: CARIAN
  :: BERITA TERKINI

Keputusan PTK Jun 2010
22 Julai 2010

Semak melalui SMS dengan menaip PTK RESULT<jarak> NO. KP dan hantar ke 15888 atau PTK<jarak> NO.KP dan hantar ke 36363
ATAU
Semak melalui online di http://www.mpm.edu.my

  :: KALENDAR

<<   Jun 2010   >>

Aha

Isn

Sel

Rab

Kha

Jum

Sab

 

 

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  :: TARIKH KEMAS KINI

26 Ogos 2010

  :: MS ISO 9001:2000

MPM telah dianugerahi
Sijil MS ISO 9001:2000
pada 3 Mac 2005

  :: BILANGAN PELAWAT

  8810147 

PENAFIAN
Kerajaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. 
Hakcipta terpelihara @ 2004 - Majlis Peperiksaan Malaysia
Konsep dan Rekabentuk oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat
.  
webmaster@mpm.edu.my