Majlis dan Keanggotaannya

Perkara 4(1) dalam Akta MPM membuat peruntukan bahawa Majlis hendaklah terdiri daripada ahli-ahli berikut.

  • Naib Canselor universiti tempatan
  • Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
  • Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan
  • Lima orang ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
  • Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia

Majlis yang kini dianggotai oleh seramai 28 orang ahli itu bertanggungjawab dalam menentukan dasar MPM dengan persetujuan YB Menteri Pelajaran Malaysia berhubung dengan peperiksaan yang dikendalikannya.

Pengerusi Majlis dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan Naib Canselor universiti untuk tempoh selama tiga tahun.