Maklumat untuk Calon Persendirian Individu

  1. Pendaftaran STPM dilakukan secara online.  Calon dikehendaki melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia atau   www.mesp.gov.my/Online bagi mengetahui proses dan cara pendaftaran STPM 2011.

  2. Pendaftaran boleh dibuat melalui dua cara:

    1. Perbankan internet. Bagi cara ini calon mesti mempunyai akaun perbankan Internet atau kad kredit [Kad Kredit/Financial Process Exchange(FPX)] 

      ATAU

    2. Pembelian nombor Pin MEC di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Bagi cara ini, calon akan dikenakan caj sebanyak RM1.00  di samping caj bayaran asas dan bayaran mata pelajaran STPM yang hendak diambil.

  3. Jika calon memilih untuk membeli nombor Pin MEC, nombor pin ini hendaklah digunakan untuk Log Masuk ke dalam sistem semasa membuat pendaftaran, membuat pindaan, atau pembetulan maklumat pendaftaran STPM.  Nombor pin ini hendaklah dirahsiakan.

  4. Sebarang pindaan atau pembetulan maklumat selepas pendaftaran dibuat hanya dibenarkan sebanyak dua kali sahaja.