W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  green  blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama Soalan Lazim PTK

Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan salinan slip keputusan PTK?

Calon boleh membuat permohonan kepada MPM dengan memberikan maklumat yang lengkap beserta bayaran seperti yang berikut:

  1. Caj sebanyak RM20.00 dikenakan bagi permohonan kali pertama, RM30.00 bagi permohonan kali kedua, dan RM50.00 bagi permohonan kali ketiga dan seterusnya.
  2. Bayaran mestilah dibuat menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama "Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia".

Adakah saya boleh memohon salinan slip keputusan PTK bagi mana-mana sesi yang saya duduki?

Boleh. Bagi setiap sesi, calon dikenakan caj sebanyak RM20.00 bagi permohonan kali pertama, RM30.00 bagi permohonan kali kedua, dan RM50.00 bagi permohonan kali ketiga dan seterusnya. Bayaran mestilah dibuat menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama "Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia".

Adakah semua penjawat Kementerian Pelajaran Malaysia boleh mendapatkan salinan slip keputusan PTK daripada MPM?

Hanya calon yang menduduki peperiksaan PTK kendalian MPM sahaja yang boleh memohon. Berikut adalah gred jawatan calon yang terlibat.

  1. Gred DG44 yang menduduki peperiksaan PTK pada tahun 2009 dan 2010.
  2. Gred DG41, DGA32, DGA29, DG27(KUP),DG17(KUP), dan kumpulan sokongan Gred 17 hingga 22.
Calon Peperiksaan
Orang Awam
JPN
Warga MPM