ii. melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Calon boleh menaip MUET INFO <jarak><nombor kad pengenalan> dan hantar ke 15888.
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan slip daftar MUET (MUET/D)?
Calon boleh mencetak slip daftar MUET (MUET/D) melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my
Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan menukar pusat ujian MUET?
Calon dikehendaki mengisi borang MUET/C2 yang boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my dan mengemukakan permohonan kepada MPM melalui Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing, selewat-lewatnya dua sebulan sebelum peperiksaan bermula.
Adakah bayaran dikenakan untuk menukar pusat ujian?
Ya. Caj sebanyak RM25.00 dikenakan bagi setiap calon. Bayaran mestilah dibuat menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama "Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia".
Bolehkah saya membuat pertukaran tarikh ujian Speaking MUET?
Boleh, dengan syarat membuat surat permohonan rasmi kepada MPM seminggu sebelum tarikh ujian berkenaan bermula dengan memberi butiran seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, angka giliran, tarikh baru yang dipohon, alasan pertukaran (sertakan bukti), dan nombor telefon.
Bolehkah saya menangguhkan daripada menduduki MUET?
Tidak boleh.
Jika saya ingin menarik diri daripada menduduki MUET, adakah yuran ujian saya akan dikembalikan. Jika ya, adakah saya akan mendapat jumlah yang penuh?
Tidak, kecuali bagi kes yang berikut:
i. calon yang sakit berpanjangan dan dapat mengemukakan surat pengesahan tentang penyakitnya oleh Pegawai Perubatan Kerajaan
ii. calon yang meninggal dunia (salinan surat perakuan kematian hendaklah dikemukakan oleh ahli keluarga atau wakilnya)
Bagi kes di atas, jumlah bayaran akan ditentukan oleh MPM.
Bagaimanakah cara untuk memohon menarik diri daripada menduduki MUET?
Calon perlu mengisi borang permohonan penarikan diri yang boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my.
Bagaimanakah cara untuk membuat pembetulan ejaan nama dan nombor kad pengenalan yang silap tercetak pada Slip Daftar MUET (MUET/D)?
Calon boleh mengemukakan surat kepada MPM dengan menyertakan salinan kad pengenalan. Pembetulan tidak akan dibuat pada Slip Daftar MUET, tetapi akan dibuat pada slip keputusan MUET.
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan salinan slip keputusan MUET?
Calon boleh membuat permohonan secara bertulis kepada MPM. Borang permohonan boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my.
Adakah bayaran dikenakan terhadap permohonan salinan slip keputusan MUET?
Ya.
i. Caj sebanyak RM20.00 dikenakan bagi permohonan kali pertama, RM30.00 bagi permohonan kali kedua, dan RM50.00 bagi permohonan kali ketiga dan seterusnya.
ii. Bayaran mestilah dibuat menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama "Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia".
Di manakah saya boleh memperoleh buku peraturan dan sukatan pelajaran MUET dan berapakah harganya?
Buku tersebut boleh dibeli daripada MPM pada harga RM15.00. Borang permohonan boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my. Buku ini juga boleh dimuat turun/dicetak secara percuma melalui Portal MPM.
Berapakah tempoh sah laku keputusan MUET?
Tempoh sah laku keputusan MUET adalah seperti yang berikut:
(a) Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013.
(b) Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun, iaitu mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.
Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan MUET?
Calon boleh menyemak status keputusan MUET dengan dua cara:
ii. melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Calon boleh menaip MUET RESULT<jarak><nombor kad pengenalan> dan hantar ke 15888.
Bolehkah saya membuat permohonan rayuan semak semula keputusan MUET?
Boleh. Borang permohonan rayuan semak semula keputusan MUET boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my. Tarikh tutup rayuan semak semula ini ialah dua minggu selepas tarikh keputusan diumumkan.
Adakah bayaran dikenakan terhadap permohonan rayuan semak semula keputusan MUET?
Ya. Caj sebanyak RM70.00 dikenakan bagi tujuan ini. Bayaran mestilah dibuat menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama "Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia".
Bolehkah borang permohonan salinan penyata keputusan MUET diproses jika saya tidak mengisi ruang angka giliran kerana terlupa?
Boleh. Maklumat asas seperti nama, nombor kad pengenalan (berserta salinan kad pengenalan), sesi dan tahun menduduki ujian MUET boleh digunakan untuk mengesan penyata keputusan MUET calon.
Berapa lamakah tempoh permohonan untuk mendapatkan salinan penyata keputusan MUET?
Penyata keputusan MUET yang dipohon melalui pos akan dikirimkan kepada pemohon dalam tempoh satu hari bekerja selepas permohonan diterima oleh MPM, dan yang dipohon di kaunter MPM akan disiapkan dalam tempoh 30 minit selepas permohonan diterima.
Mengapakah saya mendapat keputusan X dalam ujian MUET, sedangkan saya hanya tidak hadir untuk satu kertas sahaja?
Dalam ujian MUET, calon diwajibkan menduduki keempat-empat komponen ujian MUET. Jika gagal menduduki salah satu komponen atau kertas, maka calon akan mendapat keputusan X untuk keseluruhan keputusan ujian MUET.