Objektif MPM

Menyediakan dan menerbitkan sukatan pelajaran peperiksaan dan spesifikasi ujian yang lengkap dan sesuai bagi peperiksaan/ujian Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Malaysian University English Test (MUET)
Menyediakan kertas peperiksaan/ujian yang jitu, sah, boleh dipercayai, saksama, dan adil bagi peperiksaan/ujian STPM, MUET dan Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI), Malaysian University Selection Inventory (MUnSyI), Shariah Registered Financial Planner (Shariah RFP), Shariah Registered Financial Planner Capstone (Shariah RFP Capstone), dan Shariah Registered Financial Planner Adhoc (Shariah RFP Adhoc)
Mendaftarkan calon bagi peperiksaan/ujian STPM dan MUET dengan cekap
Mentadbirkan peperiksaan/ujian STPM, MUET, MEdSI, MUnSyI, Malaysian Information Technology Professional Examination (MITPE),  Shariah RFP, Shariah RFP Capstone, dan Shariah RFP Adhoc dengan cekap dan adil
Mengeluarkan keputusan peperiksaan/ujian STPM, MUET, MEdSI, MUnSyI, MITPE, Shariah RFP, Shariah RFP Capstone, dan Shariah RFP Adhoc yang standardnya diiktiraf oleh institusi penerima lulusan