| PERPINDAHAN PUSAT UJIAN |
| | | |
| (a) | Perpindahan dari satu pusat ke satu pusat ujian yang lain hanya akan dibenarkan jika alasan yang dikemukakan oleh calon adalah munasabah. Permohonan untuk berpindah pusat ujian dalam bandar yang sama tidak dibenarkan. Pemohon hendaklah melengkapkan borang Permohonan Perpindahan Pusat Ujian (MUET/C2) yang dapat diperoleh dan dicetak daripada portal Majlis Peperiksaan Malaysia. Permohonan hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri. |
| | | |
| (b) | Bayaran perpindahan pusat ujian ialah RM25.00 dan dibuat dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia. Bayaran akan dikembalikan jika permohonan tidak diluluskan. |
| | | |
| (c) | Tarikh tutup permohonan perpindahan pusat ujian ialah pada 28 Disember 2011 bagi MUET Sesi Mac 2012, 23 Mei 2012 bagi MUET Sesi Julai 2012, dan 29 Ogos 2012 bagi MUET Sesi November 2012. Status permohonan perpindahan pusat ujian boleh disemak di portal Majlis Peperiksaan Malaysia. |
| | | |
| Untuk mendapatkan borang MUET/C2, sila klik di sini. |