Piagam Pelanggan

Komitmen kami adalah untuk menyediakan sukatan pelajaran dan mengendalikan peperiksaan dengan cekap dan teratur. Dalam melaksanakan tugas ini, kami akan memastikan yang berikut:
 

Peraturan dan skema peperiksaan serta sukatan pelajaran peperiksaan STPM dikeluarkan dalam tempoh 18 bulan sebelum peperiksaan
Peraturan, spesifikasi, dan format ujian bagi MUET dikeluarkan dalam tempoh 18 bulan sebelum ujian
Keputusan peperiksaan STPM dikeluarkan dalam tempoh 15 minggu selepas tarikh akhir peperiksaan
Keputusan MUET dikeluarkan dalam tempoh 10 minggu selepas tarikh akhir ujian
Sijil STPM dikeluarkan selewat-lewatnya pada bulan Jun
Penyata keputusan peperiksaan STPM dan penyata keputusan MUET yang dipohon melalui pos akan dikirimkan kepada pemohon dalam tempoh satu hari bekerja selepas permohonan diterima oleh MPM, dan yang dipohon di kaunter akan disiapkan dalam tempoh 30 minit selepas permohonan diterima 
Salinan sijil STPM yang dipohon melalui pos akan dikirimkan kepada pemohon dalam tempoh satu hari bekerja selepas permohonan diterima oleh MPM, dan yang dipohon di kaunter akan disiapkan dalam tempoh dua jam selepas permohonan diterima