|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiket Peperiksaan PTK |
|
Kod Dan Nama Kertas Yang DiAmbil
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ARAHAN KEPADA CALON
1. Slip daftar PTK ini merupakan tiket bagi anda untuk mengambil peperiksaan PTK.
Sila bawa tiket ini ke bilik peperiksaan untuk semakan Ketua Pengawas.
2. Anda mungkin tidak dibenarkan mengambil peperiksaan jika anda tidak membawa
tiket ini.
3. Anda dikehendaki berpakaian pejabat yang kemas semasa menduduki peperiksaan
ini.
CALON TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA MASUK SEBARANG BAHAN RUJUKAN KE DALAM BILIK/DEWAN
PEPERIKSAAN
AMARAN
Anda diberi amaran supaya:
* Jangan membawa atau menerima daripada sesiapa sahaja, apa-apa buku, nota, kertas dokumen, gambar, atau apa-apa
peranti lain, kecuali apa
yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas;
* Jangan berhubung dengan mana-mana calon lain atau mana-mana orang semasa
peperiksaan berlangsung, walau dengan apa cara sekalipun,
kecuali dengan kebenaran Ketua Pengawas;
* Jangan melanggar atau tidak mematuhi apa-apa arahan Ketua Pengawas atau Pengawas;
* Jangan mengganggu ketenteraman atau melakukan kekacauan di dalam atau di sekitar dewan/bilik peperiksaan;
* Jangan bersubahat dengan orang lain dengan tujuan untuk menipu;
* Jangan mewakilkan orang lain menduduki peperiksaan ini dengan tujuan untuk menipu atau cuba menipu, atau berkelakuan
dengan cara yang boleh dianggap sebagai menipu, atau cuba menipu untuk tujuan peperiksaan ini;
* Jangan membawa masuk sebarang alat rekod atau komunikasi dalam apa bentuk sekalipun ke dalam dewan/bilik
peperiksaan;
* Jangan membawa keluar kertas soalan, membuat fotokopi, menyalin keseluruhan
atau mana-mana bahagian daripada kertas soalan, atau
menghilangkan keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada kertas soalan.
PERINGATAN
1. Jika anda melanggar arahan dan amaran bagi peperiksaan ini atau terlibat dalam sebarang perbuatan luar biasa,
biadab, atau melakukan sebarang
perbuatan tidak jujur yang bersabit dengan peperiksaan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menyingkirkan anda
daripada mengambil
peperiksaan ini. Anda juga boleh diambil tindakan tatatertib jika sabit kesalahan.
2. Jika Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati bahawa sesuatu perbuatan salah laku atau perbuatan melanggar arahan
atau amaran bagi
peperiksaan ini telah berlaku dengan meluas di sesuatu pusat peperiksaan, atau keadaan pada masa peperiksaan itu
dijalankan tidak memuaskan,
maka Kementerian Pelajaran Malaysia berhak membatalkan keputusan peperiksaan semua calon di pusat berkenaan.
3. Sekiranya anda menerima kertas soalan yang lain daripada kertas yang
didaftarkan, anda hendaklah memberitahu Ketua Pengawas atau Pengawas
dengan serta merta.
Nota
1. Calon dikehendaki mengambil perhatian tarikh-tarikh berikut:
i. Permohonan pembetulan maklumat peribadi ditutup pada 10 Mei 2010.
ii. Permohonan menarik diri daripada mengambil peperiksaan ditutup pada 10 Mei 2010.
iii. Permohonan pertukaran pusat peperiksaan ditutup pada 24 Mei 2010.
Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.
2. Untuk semakan status permohonan pertukaran pusat peperiksaan dan pembetulan
maklumat yang tertera pada tiket peperiksaan PTK (PTK/T), sila
layari laman web MPM, iaitu www.mpm.edu.my atau hubungi MPM di talian 03-61369663. Anda boleh mencetak PTK/T yang
baharu dari laman web tersebut.
3. Calon Gred N11 yang diberi opsyen tukar lantik ke PT (P/O) Gred N17 dan belum
disahkan dalam perkhidmatan pada gred N11 TIDAK LAYAK
menduduki peperiksaan PTK Sesi Jun 2010. Calon berkenaan hendaklah menarik diri
daripada menduduki peperiksaan dengan mengemukakan Borang Permohonan Menarik Diri yang boleh didapati melalui laman web MPM
www.mpm.edu.my
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
MAKLUMAT PENDAFTARAN
PTK 2010
|