Soalan Lazim
PENGENALAN STPM BAHARU
Apakah perbezaan antara peperiksaan STPM yang sedia ada dengan peperiksaan STPM yang baharu?
Apakah ciri baharu dalam sukatan pelajaran STPM ini?
- jumlah kandungan kurikulum bagi sesuatu mata pelajaran dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu satu bahagian untuk satu penggal
- bilangan waktu pengajaran disediakan untuk memudahkan guru merancang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
- hasil pembelajaran disediakan untuk memberikan panduan kepada guru dan pelajar tentang skop dan apa yang hendak diuji untuk setiap tajuk dan subtajuk
- calon diwajibkan melaksanakan amali, kerja kursus, atau kerja lapangan secara Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi setiap mata pelajaran kecuali Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Literature in English, dan Further Mathematics.
Apakah ciri baharu peperiksaan STPM ini?
- peperiksaan diadakan pada akhir setiap penggal
- pentaksiran dilaksanakan secara peperiksaan bertulis dan PBS
- calon dibenarkan mengulang peperiksaan bagi setiap penggal untuk memperbaiki keputusan
Bilakah peperiksaan STPM yang baharu akan dilaksanakan?
Mengapakah sistem terminal diubah?
Adakah jumlah waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam peperiksaan STPM yang baharu berubah?
Adakah peperiksaan STPM yang baharu mendapat pengiktirafan daripada luar negara?
PENDAFTARAN STPM BAHARU
Apakah syarat kelayakan untuk menduduki peperiksaan STPM yang baharu?
- SPM tahun 1999 atau tahun-tahun sebelumnya
- SPM (Vokasional)
- Malaysian Certificate of Education (MCE)
- Federation of Malaya Certificate of Education
- Cambridge School Certificate
- GCE/SAP (Malaysia atau Cambridge dengan tiga kelulusan peringkat biasa** yang diperoleh dalam satu peperiksaan)
- SPM tahun 2000 hingga tahun 2010 yang diperoleh dalam satu peperiksaan dengan mendapat
- sekurang-kurangnya gred C bagi tiga mata pelajaran, atau
- sekurang-kurangnya gred C bagi dua mata pelajaran dan lulus empat mata pelajaran yang lain
Calon yang mempunyai kelayakan seperti yang disenaraikan di atas mestilah memperoleh kelayakan itu sekurang-kurangnya dua tahun sebelum mengambil peperiksaan STPM.
Calon yang mempunyai kelayakan luar negara yang setaraf dengan peperiksaan SPM hendaklah memohon kebenaran terlebih dahulu untuk mengambil peperiksaan STPM daripada Majlis Peperiksaan Malaysia.
* Calon yang memenuhi syarat (g) tetapi gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu boleh menggunakan keputusan lulus Bahasa Melayu yang diambil dalam peperiksaan SPM Ulangan. Calon yang berasal dari luar negara dikecualikan daripada syarat lulus Bahasa Melayu peringkat peperiksaan SPM.
** Kelulusan peringkat biasa dalam GCE/SAP bermakna kepujian pada peringat SPM/MCE.
Bilakah calon sekolah, calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu boleh mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM yang baharu ini?
Bagaimanakah semua calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM yang baharu ini?
Bolehkah calon mendaftar lewat?
PEMILIHAN MATAPELAJARAN
Apakah mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan STPM yang baharu?
| Bil. | Kod Mata Pelajaran | Mata Pelajaran |
|---|---|---|
| 1. | 900 | Pengajian Am |
| 2. | 910 | Bahasa Melayu |
| 3. | 911 | Bahasa Cina |
| 4. | 912 | Bahasa Tamil |
| 5. | 913 | Bahasa Arab |
| 6. | 920 | Literature in English |
| 7. | 922 | Kesusasteraan Melayu Komunikatif |
| 8. | 930 | Syariah |
| 9. | 931 | Usuluddin |
| 10. | 940 | Sejarah |
| 11. | 942 | Geografi |
| 12. | 944 | Ekonomi |
| 13. | 946 | Pengajian Perniagaan |
| 14. | 948 | Perakaunan |
| 15. | 950 | Mathematics (M) |
| 16. | 954 | Mathematics (T) |
| 17. | 956 | Further Mathematics |
| 18. | 958 | Information and Communications Technology |
| 19. | 960 | Physics |
| 20. | 962 | Chemistry |
| 21. | 964 | Biology |
| 22. | 4966 | Sains Sukan |
| 23. | 970 | Seni Visual |
Berapakah jumlah mata pelajaran yang boleh diambil oleh calon?
Bagaimanakah pelaksanaan kerja kursus bagi calon yang mengambil mata pelajaran di luar pakej yang ditawarkan di sekolah?
BAYARAN YURAN
Berapakah bayaran yuran untuk menduduki peperiksaan STPM yang baharu?
Berapakah bayaran yuran untuk mengulang peperiksaan bagi setiap kertas?
PELAKSANAAN KERJA KURSUS
Adakah pelaksanaan kerja kursus mengambil alih pelaksanaan kajian projek penyelidikan dan kolokium yang dilaksanakan oleh pelajar Tingkatan Enam di bawah kelolaan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Unit Tingkatan Enam)?
Apakah komponen yang terkandung dalam PBS?
Adakah kerja kursus bagi setiap mata pelajaran dilaksanakan pada setiap penggal?
| Bil. | Mata pelajaran | Penggal 1 | Penggal 2 | Penggal 3 |
|---|---|---|---|---|
| 1. | Pengajian Am | v | ||
| 2. | Bahasa Melayu | v | v | |
| 3. | Bahasa Arab | v | ||
| 4. | Kesusasteraan Melayu Komunikatif | v | ||
| 5. | Syariah | v | ||
| 6. | Usuluddin | v | ||
| 7. | Sejarah | v | ||
| 8. | Geografi | v | ||
| 9. | Ekonomi | v | ||
| 10. | Pengajian Peniagaan | v | ||
| 11. | Perakaunan | v | ||
| 12. | Mathematics (M) | v | ||
| 13. | Mathematics (T) | v | ||
| 14. | Information and Communications Technology | v | ||
| 15. | Physics | v | ||
| 16. | Chemistry | v | ||
| 17. | Biology | v | ||
| 18. | Sains Sukan | v | ||
| 19. | Seni Visual | v | ||
Bagaimanakah kerja kursus bagi calon sekolah, calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu dilaksanakan?
Calon sekolah melaksanakan kerja kursus dengan dibimbing dan diperiksa oleh guru sekolah masing-masing. Calon sekolah swasta melaksanakan kerja kursus dengan bimbingan guru masing-masing tetapi pemeriksaan kerja kursus dilakukan oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM. Calon persendirian individu pula melaksanakan kerja kursus secara individu dan pemeriksaan kerja kursus dilakukan oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM.
Bagi mata pelajaran dalam kumpulan A, calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu dikehendaki mengambil Kertas 4, iaitu kerja kursus.
Bagi mata pelajaran dalam kumpulan B, calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, dan calon sekolah swasta yang dibenarkan oleh MPM dikehendaki mengambil Kertas 4, iaitu kerja kursus. Calon persendirian individu dan calon sekolah swasta yang tidak dibenarkan oleh MPM untuk menjalankan kerja kursus pula dikehendaki mengambil Kertas 5, iaitu ujian amali bertulis bagi mata pelajaran sains dan latihan amali bertulis bagi mata peljaran Sains Sukan.
Bagi mata pelajaran dalam kumpulan C, semua jenis calon dikehendaki mengambil Kertas 4 dan Kertas 5, iaitu kerja kursus.
Bagi mata pelajaran dalam kumpulan D, semua jenis calon dikehendaki mengambil Kertas 5, iaitu kerja kursus.
Bagi mata pelajaran dalam kumpulan E, calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan dikehendaki mengambil Kertas 4, iaitu kerja kursus. Calon sekolah swasta dan calon persendirian individu pula dikehendaki mengambil Kertas 5, iaitu alternatif kajian luar ( ujian bertulis) bagi mata pelajaran Geografi dan ujian kerja kursus bertulis bagi mata pelajaran Perakaunan.
Bagi mata pelajaran dalam kumpulan F, calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, dan calon sekolah swasta yang dibenarkan oleh MPM dikehendaki mengambil Kertas 4, iaitu kerja kursus. Calon sekolah swasta yang tidak dibenarkan oleh MPM dan calon persendirian individu tidak boleh mengambil mata pelajaran ini.
Bagi mata pelajaran dalam kumpulan G, calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan dikehendaki mengambil Kertas 3, iaitu projek. Calon sekolah swasta dan calon persendirian individu pula dikehendaki mengambil Kertas 4, iaitu ujian bertulis.
Bagaimanakah calon boleh memperoleh maklumat untuk menjalankan kerja kursus?
Berapa lamakah waktu yang diperlukan untuk sesi perjumpaan atau konsultasi secara khusus berkaitan PBS dalam jadual waktu mengajar?
Adakah terdapat syarat tertentu tentang skop atau ruang lingkup kawasan yang dibolehkan untuk calon menjalankan kerja lapangan atau kajian luar?
Adakah MPM mengeluarkan surat kebenaran atau surat pengenalan rasmi yang memperakukan calon untuk menjalankan kerja kursus sama ada yang melibatkan kerja lapangan, kajian luar, atau yang memerlukan calon berjumpa dengan pihak ketiga?
Adakah pembentangan kerja kursus boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan?
Adakah calon yang mendaftar lewat perlu melaksanakan kerja kursus?
Bagaimanakah calon yang mendaftar lewat melaksanakan kerja kursus?
Apakah tindakan yang akan diambil oleh MPM atau guru jika terdapat calon yang tidak menyiapkan kerja kursus atau lewat menghantar kerja kursus?
Adakah calon kelainan upaya dikehendaki melaksanakan kerja kursus?
Adakah pertimbangan khas diberikan kepada calon yang ditimpa kemalangan yang menyebabkan kerja kursus tidak dapat disiapkan dalam tempoh yangditetapkan?
Bagaimanakah penyetaraan markah kerja kursus bagi setiap pemeriksa dilakukan?
Apakah prosedur keselamatan bahan kerja kursus yang telah dihantar oleh calon kepada guru?
Apakah prosedur pelupusan bahan kerja kursus oleh pihak sekolah?
TANGGUNGJAWAB/TUGAS GURU
Bagaimanakah guru boleh mendapat maklumat tentang kaedah pengendalian dan pemeriksaan kerja kursus secara PBS?
Adakah tugas guru sebagai pemeriksa PBS dibayar elaun pemeriksaan untuk semua jenis calon?
Adakah guru perlu memberikan penjelasan kepada ibu bapa tentang pelaksanaan kerja kursus secara PBS dan kemungkinan calon perlu berada di luar sekolah bagi tujuan memenuhi keperluan kerja kursus?
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN
Bilakah peperiksaan setiap penggal dilaksanakan?
-
Penggal Pertama dan Penggal Ketiga – peperiksaan berlangsung pada bulan November/Disember - Penggal Kedua – peperiksaan berlangsung pada bulan Mei/Jun.
Bilangan hari peperiksaan bagi setiap penggal adalah selama lima hari.
Berapakah tempoh masa untuk menjawab ujian bertulis bagi setiap kertas?
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
Bagaimanakah keputusan peperiksaan bagi setiap mata pelajaran dikeluarkan?
RAYUAN TERHADAP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DAN PENGULANGAN PEPERIKSAAN
Selepas keputusan peperiksaan setiap penggal dikeluarkan, bolehkah calon membuat rayuan terhadap keputusan peperiksaan?
Bolehkah calon mengulang peperiksaan tanpa membuat rayuan terlebih dahulu?
Adakah calon boleh mengulang kerja kursus untuk membaiki keputusan peperiksaan?
Adakah calon boleh mengulang kerja kursus bagi penggal pertama, penggal kedua, dan penggal ketiga?
Adakah calon mengulang boleh mengikuti kelas calon lain bagi kertas yang ingin diulang? Contohnya, calon yang ingin mengulang kertas 1 mengikuti kelas calon yang bakal menduduki kertas 1?
SALAH LAKU/PLAGIAT
Apakah langkah yang diguna pakai untuk mencegah kegiatan plagiat dalam penghasilan kerja kursus oleh calon?
Apakah tindakan yang perlu diambil jika berlaku kes plagiat dalam penghasilan kerja kursus?
PEMERIKSA
Apakah kriteria pemilihan dan pelantikan pemeriksa bagi peperiksaan bertulis?
-
memiliki kelulusan dan pengkhususan dalam bidang berkenaan (kecuali bagi guru mata pelajaran Pengajian Am) sekurang-kurangnya di peringkat ijazah pertama, - mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan sekurang-kurangnya tiga tahun,
- sedang mengajar mata pelajaran berkenaan,
- merupakan guru akademik Tingkatan Enam bagi mata pelajaran berkenaan,
- keutamaan pemilihan diberikan kepada guru yang sedang atau pernah terlibat secara langsung dengan MPM sama ada sebagai pemeriksa atau penggubal atau penaksir atau panel sukatan mata pelajaran.
Apakah kriteria pemilihan dan pelantikan pemeriksa bagi PBS calon sekolah?
Apakah kriteria pemilihan dan pelantikan pemeriksa bagi PBS calon sekolah swasta dan calon persendirian individu?
PENANGGUHAN PEPERIKSAAN
Setelah calon membuat pendaftaran untuk mengambil peperiksaan, adakah calon boleh menangguhkan untuk menduduki peperiksaan kepada sesi yang akan datang?
TUKAR/PINDAH PUSAT
Bolehkah calon memohon pertukaran/perpindahan pusat peperiksaan selepas pendaftaran?
TUKAR/TAMBAH/KURANGKAN MATA PELAJARAN
Bolehkah calon menukar, menambah, atau mengurangkan mata pelajaran yang telah didaftar?
Jika calon telah mendaftar bagi sesuatu mata pelajaran dan ingin menukar mata pelajaran itu dengan mata pelajaran yang lain selepas tamat tempoh yang ditetapkan, caj sebanyak RM50.00 akan dikenakan. Penukaran mata pelajaran hanya dibenarkan pada penggal pertama dan penggal kedua sahaja.
Jika calon ingin menambah mata pelajaran, caj sebanyak RM50.00 akan dikenakan disamping caj mata pelajaran yang ditambah, iaitu sebanyak RM90.00 per mata pelajaran. Penambahan mata pelajaran hanya boleh dibuat pada penggal pertama dan penggal kedua sahaja.
Bagi calon yang menggugurkan sesuatu mata pelajaran, bayaran bagi mata pelajaran yang digugurkan itu tidak akan dikembalikan.





