Soalan Lazim

 

STPM Terminal

 

Apakah syarat kelayakan untuk menduduki peperiksaan STPM?
 
Calon yang mempunyai kelayakan SPM tahun 1999 atau sebelumnya, SPM (Vokasional), MCE, SPM selepas tahun 2000 dengan lulus sekurang-kurangnya gred C bagi tiga mata pelajaran atau sekurang-kurangnya gred C bagi dua mata pelajaran dan lulus empat mata pelajaran. Calon perlu telah mempunyai kelulusan berkenaan sekurang-kurangnya dua tahun sebelum mengambil peperiksaan STPM.
 
Berapa mata pelajaran yang wajib saya ambil dalam peperiksaan STPM?
 
Calon boleh mengambil sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dan tidak lebih daripada lima mata pelajaran termasuk mata pelajaran Pengajiam Am.
 
Bila tarikh pendaftaran peperiksaan STPM dibuka?
 
Pendaftaran peperiksaan STPM biasanya dibuka pada bulan Januari. Calon boleh merujuk kepada Kalendar Peperiksaan STPM dan MUET di Portal MPM http://www.mpm.edu.my. Pengumuman juga dibuat melalui media massa tempatan.
 
Apakah yang dimaksudkan dengan Calon Jenis 1, Calon Jenis 2, dan Calon Jenis 3?
 
Calon Jenis 1 ialah calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan, Calon Jenis 2 ialah calon sekolah swasta, dan Calon Jenis 3 ialah calon persendirian individu.
 
Berapakah bayaran yuran untuk mengambil peperiksaan STPM?
 
Bayaran Asas adalah sebanyak RM55.00 dan bayaran bagi setiap mata pelajaran ialah RM35.00.
 
Bagaimanakah cara pembayaran dibuat?

Pembayaran yuran peperiksaan boleh dibuat melalui dua cara:

i.pembayaran melalui akaun perbankan internet atau kad kredit

ii.pembelian nombor pengenalan diri Malaysian Examinations Council (PIN MEC) di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membayar bayaran asas dan bayaran mata pelajaran STPM yang hendak diambil serta caj perkhidmatan BSN sebanyak RM1.00

 

 
Bagaimanakah untuk membuat pendaftaran peperiksaan STPM?
 
Pendaftaran peperiksaan STPM dibuat secara dalam talian (online). Calon boleh melayari Portal MPM http://www.mpm.edu.my atau http://mesp.mpm.edu.my/onlineSTPM untuk mengetahui cara membuat pendaftaran.
 
Bolehkah saya menukar atau menambah mata pelajaran yang lain, selepas saya mendaftar?
 
Boleh.
 
Adakah bayaran dikenakan jika saya ingin menukar kertas atau mata pelajaran yang lain, selepas saya mendaftar?
 
Ya. Bayaran sebanyak RM50.00 dikenakan untuk menukar kertas atau mata pelajaran yang lain.
 
Adakah bayaran dikenakan jika saya menambah mata pelajaran yang lain, selepas saya mendaftar?
 
Ya. Bayaran sebanyak RM50.00 dikenakan di samping bayaran bagi setiap mata pelajaran yang ditambah.
 
Setelah membuat pendaftaran, bagaimanakah saya boleh menyemak status pendaftaran saya?

 

Calon boleh menyemak status pendaftaran dengan dua cara:

i. melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my

ii. melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Calon boleh menaip STPM INFO<>NO. KP dan hantar ke 15888.

 

 
Apakah dokumen yang perlu saya bawa semasa hadir untuk menduduki peperiksaan STPM?
 
Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) dan kad pengenalan diri.
 
Dimanakah saya boleh mendapatkan dokumen Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC)?
 
Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) boleh dicetak oleh calon melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my.
 
Bolehkah saya memohon untuk menukar pusat peperiksaan setelah mendaftar?
 
Boleh. Kelulusan menukar pusat peperiksaan hanya dibenarkan atas sebab yang difikirkan munasabah.
 
Bagaimanakah cara membuat permohonan untuk menukar pusat peperiksaan?
 
Calon boleh mengemukakan permohonan menukar pusat peperiksaan secara bertulis kepada MPM melalui Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing, selewat-lewatnya sebulan sebelum peperiksaan bermula.
 
Adakah bayaran dikenakan untuk menukar pusat peperiksaan?
 
Ya. Bayaran sebanyak RM50.00 dikenakan bagi setiap calon.
 
Adakah saya akan menggunakan angka giliran yang sama selepas permohonan menukar pusat peperiksaan diluluskan?
 
Tidak. Calon mesti menggunakan angka giliran yang baharu dengan nombor pusat yang baharu.
 
Bagaimanakah saya boleh menyemak status permohonan menukar pusat peperiksaan?
 
Calon boleh menyemak status permohonan menukar pusat peperiksaan melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my
 
Jika saya ingin menarik diri daripada menduduki peperiksaan STPM, adakah yuran peperiksaan saya akan dikembalikan. Jika ya, adakah saya akan mendapat jumlah yang penuh?

 

Tidak, kecuali bagi kes yang berikut:

i. calon yang sakit berpanjangan dan dapat mengemukakan surat pengesahan tentang penyakitnya oleh Pegawai Perubatan Kerajaan

ii. calon yang meninggal dunia (salinan surat perakuan kematian hendaklah dikemukakan oleh ahli keluarga atau wakilnya)

iii.calon yang diluluskan permohonannya untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dengan mengemukakan salinan surat kelulusan berkenaan.

Bagi kes di atas, jumlah bayaran akan ditentukan oleh MPM.

 
Bolehkah saya memohon untuk menangguhkan daripada mengambil peperiksaan STPM
 
Calon yang ingin menangguhkan peperiksaannya hendaklah mengemukakan permohonan dengan memberikan sebab berserta bukti kepada MPM sebelum tarikh peperiksaan bermula. Walau bagaimanapun, kelulusan penangguhan tertakluk kepada pertimbangan MPM.
 
Apakah jenis kalkulator yang boleh digunakan dalam peperiksaan STPM?
 
Kalkulator elektronik yang senyap dan tidak boleh diprogram.
 
Bagaimanakah saya boleh mengetahui keputusan peperiksaan STPM saya?

 

Calon boleh mengetahui keputusan peperiksaan STPM dengan tiga cara:

i. melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my

ii. melalui SMS iaitu dengan menaip STPM RESULT <jarak><nombor kad pengenalan> dan hantar ke 15888

iii.melalui slip keputusan

 
Bagaimanakah cara untuk saya membuat rayuan semak semula keputusan peperiksaan STPM?
 
Rayuan penyemakan semula keputusan peperiksaan boleh dibuat dengan cara menghantar borang permohonan berkenaan ke MPM dalam tempoh dua minggu selepas pengumuman keputusan peperiksaan. Borang permohonan boleh diperoleh melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my. Salinan slip keputusan peperiksaan STPM mesti disertakan.
 
Adakah bayaran dikenakan terhadap permohonan rayuan semak semula keputusan peperiksaan STPM?
 
Ya. Caj sebanyak RM50.00 dikenakan bagi satu kertas. Bayaran mestilah dibuat menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama "Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia".
 
Bagaimanakah cara penyemakan semula keputusan peperiksaan dibuat?
 
Menyemak penghitungan markah dan ketepatan gred yang diberikan bagi sesuatu mata pelajaran serta memeriksa semula skrip jawapan calon. Keputusan penyemakan semula yang dibuat oleh MPM adalah muktamad.
 
Apakah syarat kelayakan untuk mendapat sijil dalam peperiksaan STPM?
 
Mulai tahun 2010, sijil dianugerahkan kepada calon yang mendapat kelulusan sebahagian atau lebih baik dalam sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.
 
Bila dan di manakah boleh saya peroleh sijil STPM?
 
Sijil STPM akan dikeluarkan melalui JPN selewat-lewatnya pada bulan Jun. Calon sekolah kerajaan boleh mengambil sijil mereka dari sekolah masing-masing, manakala calon sekolah swasta dan calon persendirian individu boleh mengambilnya di Jabatan Pelajaran Negeri.
 
Berapa lamakah tempoh saya boleh menuntut sijil peperiksaan STPM melalui sekolah atau JPN?
 
12 bulan selepas sijil dihantar ke JPN. Selepas tempoh tersebut, sijil-sijil yang tidak dituntut akan dikembalikan ke MPM.
 
Bagaimanakah cara untuk membuat tuntutan sijil STPM yang telah dikembalikan ke MPM?
 
Calon boleh mengisi borang permohonan tuntutan sijil STPM melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my.
 
Adakah bayaran dikenakan terhadap permohonan tuntutan sijil STPM yang telah dikembalikan ke MPM?
 
Ya. Caj sebanyak RM50.00 dikenakan. Bayaran mestilah dibuat menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama "Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia".
 
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan salinan penyata keputusan peperiksaan atau sijil STPM yang rosak atau hilang?
 
Calon boleh mengisi borang permohonan melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my.
 
Adakah bayaran dikenakan terhadap permohonan salinan penyata keputusan peperiksaan atau sijil STPM yang rosak atau hilang?

 

Ya.

i. Bagi salinan penyata keputusan peperiksaan, caj sebanyak RM20.00 dikenakan bagi permohonan kali pertama RM30.00 bagi permohonan kali kedua, dan RM50.00 bagi permohonan kali ketiga dan seterusnya.

ii. Bagi salinan sijil, caj sebanyak RM50.00 dikenakan bagi setiap permohonan.

iii.Bayaran mestilah dibuat menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama "Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia".

 
Berapa lamakah tempoh untuk mendapatkan salinan penyata keputusan atau sijil STPM?
 
Penyata keputusan peperiksaan STPM yang dipohon melalui pos akan dikirimkan kepada pemohon dalam tempoh satu hari bekerja selepas permohonan diterima oleh MPM, dan yang dipohon di kaunter MPM akan disiapkan dalam tempoh 30 minit selepas permohonan diterima. Bagi permohonan salinan sijil STPM pula, yang dipohon melalui pos akan dikirimkan kepada pemohon dalam tempoh satu hari bekerja selepas permohonan diterima oleh MPM, dan yang dipohon di kaunter MPM akan disiapkan dalam tempoh dua jam selepas permohonan diterima. .
 
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan transkrip sijil STPM dalam versi bahasa Inggeris bagi tujuan permohonan universiti luar negara.
 
Calon boleh mengemukakan permohonan kepada MPM dengan menyatakan alamat universiti luar negara yang dipohon beserta dengan salinan penyata keputusan atau salinan sijil STPM..
 
Adakah bayaran dikenakan terhadap permohonan transkrip sijil STPM dalam versi bahasa Inggeris?
 
Ya. Caj perkhidmatan sebanyak RM50.00 bagi setiap transkrip dikenakan. Bayaran mestilah dibuat menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama "Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia"..
 
Bagaimanakah proses penghantaran transkrip sijil STPM dalam versi bahasa Inggeris dilakukan?
 
Transkrip tersebut akan dihantar terus ke universiti berkenaan tanpa melalui calon. Walau bagaimanapun, salinan surat tentang penghantaran transkrip itu akan dihantar kepada calon.
 
Apakah kriteria untuk menentukan Sijil Penuh atau Sijil Sebahagian dalam peperiksaan STPM?
 
Dalam sistem terbuka peperiksaan STPM, tiada lagi Sijil Penuh atau Sijil Sebahagian. Walau bagaimanapun, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ada mengeluarkan Surat Pekeliling bagi menyamatarafkan sijil ini bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam..
 
Bolehkah keputusan peperiksaan STPM bagi tahun yang berbeza digabungkan untuk tujuan permohonan ke IPTA?
 
Sila rujuk Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
 
Mengapakah terdapat perbezaan gred mata pelajaran antara dua orang calon sedangkan mereka mempunyai gred kertas yang sama?
 
Pemberian gred mata pelajaran adalah berdasarkan kepada jumlah markah sebenar bagi gred kertas berkenaan.
 
Bagaimanakah untuk mendapatkan buku Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM?
 
Buku ini boleh dibeli daripada MPM atau dimuat turun/dicetak secara percuma melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my.
 
Bagaimanakah untuk mendapatkan buku Sukatan Pelajaran STPM?
 
Buku ini boleh dibeli daripada MPM atau dimuat turun/dicetak secara percuma melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my.
 
Di manakah boleh saya peroleh buku set kertas soalan STPM bagi tahun-tahun yang lepas?
 
Buku set kertas soalan STPM bagi tahun-tahun lepas diperoleh di kedai-kedai buku.
 
Apakah syarat kelayakan memasuki kelas Tingkatan Enam?
 
Urusan kemasukan ke Tingkatan Enam diurus oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri. MPM hanya bertanggungjawab dalam urusan pengendalian peperiksaan STPM sahaja.
 
Bolehkah borang permohonan salinan penyata keputusan peperiksaan/sijil STPM diproses jika saya tidak mengisi ruang angka giliran kerana terlupa?
 
Boleh. Maklumat asas seperti nama, nombor kad pengenalan (berserta salinan kad pengenalan), dan tahun menduduki peperiksaan STPM boleh digunakan untuk mengesan penyata keputusan/sijil calon..
 
Bilakah sistem peperiksaan modular STPM akan dilaksanakan?
 
Tiada maklumat setakat ini.
 
Bagaimanakah cara untuk memohon sebagai pemeriksa STPM?
 
Kemukakan Permohonan secara bertulis kepada MPM.