Urus Setia Majlis

    CARTA ORGANISASI URUS SETIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

klik pada gambar untuk paparan yang besar

 

Urus Setia Majlis


Pentadbiran MPM dan pengurusan peperiksaan dijalankan oleh Urus Setia Majlis yang bertanggungjawab kepada Majlis. Urus Setia ini diketuai oleh Ketua Eksekutif yang menjadi Ketua Pegawai Pentadbiran dan Ketua Pegawai Akademik. Ketua Eksekutif MPM kini ialah YBrs. Dr. Jamil Bin Adimin.


Urus Setia Majlis terbahagi kepada dua sektor yang masing-masing diketuai oleh Timbalan Ketua Eksekutif 1 dan Timbalan Ketua Eksekutif 2. Sektor-sektor tersebut adalah seperti yang berikut:

 

1.  Sektor Penyelidikan, Pembinaan, dan Pengujian
      (a) Bahagian Penyelidikan dan Dasar Peperiksaan
      (b) Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat
      (c) Bahagian Sains dan Matematik
            (i)  Unit Matematik
            (ii) Unit Sains 
      (d) Bahagian Sains Sosial dan MUET
            (i)  Unit Bahasa
            (ii) Unit Sastera
            (iii)Unit Agama  
      (e) Bahagian Percetakan Keselamatan

      (f ) Bahagian Pembinaan PTK-SSM & ELCT
     

Sektor ini bertanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan dengan sukatan pelajaran, pembinaan kertas soalan, percetakan dan perbekalan kertas soalan, pemprosesan keputusan dan data peperiksaan, menetapkan standard, menganugerahkan keputusan peperiksaan, penyelidikan, dan latihan.

 

2. Sektor Pentadbiran Am, Kewangan, dan Pengendalian  Peperiksaan

    (a) Bahagian Pengendalian PTK-SSM & ELCT
    (b) Bahagian Pengurusan Personel dan Pentadbiran 
    (c) Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM dan MUET
          (i)   Unit STPM
          (ii)  Unit MUET
    (d) Bahagian Pengurusan Keselamatan
    (e) Bahagian Pengurusan Kewangan

 

Sektor ini bertanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan dengan perjawatan, perkhidmatan, pentadbiran am, perakaunan, pendaftaran calon, pengendalian pusat peperiksaan, pemeriksaan skrip jawapan, pelantikan pengawas dan pemeriksa, dan keselamatan.


Selain bahagian-bahagian di atas, terdapat dua unit lain yang bertanggungjawab terus kepada Ketua Eksekutif, iaitu Unit Perhubungan Awam dan Unit Audit Dalam.


Dalam pengurusan peperiksaan, MPM mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pegajian Tinggi Malaysia, dan semua institusi pengajian tinggi.