Calon Peperiksaan


Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon

 


 

ARAHAN DAN PANDUAN PENDAFTARAN CALON

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) TAHUN 2015

 

 

 

Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon MUET ini mengandungi maklumat yang berikut:

 

1

Syarat kelayakan untuk menduduki MUET

 

2

Tempoh sah laku

 

3

Komponen MUET

 

4

Bayaran untuk menduduki ujian

 

5

Cara pendaftaran calon MUET

 

 

5.1

Calon sekolah/institusi

 

 

5.2

Calon persendirian individu

 

6

Calon istimewa

 

7

Penyata Pendaftaran Calon (MUET/PP)

 

8

Tarikh pendaftaran dan tarikh ujian

 

9

Angka giliran calon dan pusat ujian

 

10

Slip Daftar MUET (MUET/D)

 

11

Perpindahan pusat ujian

 

12

Penarikan diri

 

13

Keputusan MUET

 

14

Rayuan semak semula keputusan MUET

 

 

 

1

SYARAT KELAYAKAN UNTUK MENDUDUKI MUET

 

Tiada sebarang syarat yang dikenakan untuk menduduki MUET.

2

TEMPOH SAH LAKU

 

Keputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013 manakala keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

3

KOMPONEN MUET

 

Kertas yang ditawarkan dalam ujian MUET meliputi empat kertas seperti yang berikut:

 

 

 

Kod Kertas

Nama Kertas

 

 

800/1

Listening (30 minit)

 

 

800/2

Speaking (30 minit)

 

 

800/3

Reading (90 minit)

 

 

800/4

Writing (90 minit)

 

 

 

 

 

*

Maklumat lanjut sila rujuk Sukatan Pelajaran MUET (Regulations, Test Specifications, Test Format, and Sample Questions) yang dapat diperoleh melalui portal MPM www.mpm.edu.my.

4

BAYARAN UNTUK MENDUDUKI UJIAN

 

(a)

Bayaran untuk menduduki ujian MUET adalah seperti yang berikut:

 

 

 

 

Yuran pendaftaran

RM  40.00

 

 

Yuran mata pelajaran

RM  60.00

 

 

Jumlah

RM100.00

 

                 

 

 

 

Bayaran perlu dibuat dengan cara membeli nombor PIN MEC di kaunter atau kiosk Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara perbankan internet. Maklumat lanjut sila layari http://online.mpm.edu.my .

Nota: BSN akan mengenakan caj sebanyak RM1.00 bagi setiap pembelian nombor PIN MEC.

 

(b)

Bayaran yang telah dibuat akan terpapar pada Penyata Pendaftaran MUET (MUET/PP) untuk rujukan calon.

 

(c)

Bayaran pembelian PIN MEC tidak akan dikembalikan sekiranya calon gagal mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan. PIN MEC yang telah dibeli itu juga tidak boleh digunakan untuk mendaftar MUET sesi yang berikutnya.

5

CARA PENDAFTARAN CALON MUET

 

5.1

Calon Sekolah/Institusi

 

 

(a)

Pendaftaran calon sekolah/institusi dibuat secara online melalui portal MPM www.mpm.edu.my atau http://online.mpm.edu.my.

 

 

(b)

Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri (SPP JPN) hendaklah terlebih dahulu mengemas kini maklumat sekolah/institusi yang akan menjadi pusat ujian sebelum pendaftaran dibuka.

 

 

(c)

Pengetua sekolah/institusi hendaklah memaklumkan nama Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah/institusinya kepada SPP JPN dan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD). 

 

 

(d)

Taklimat tentang kaedah pendaftaran secara online di peringkat daerah kepada semua SUP sekolah/institusi hendaklah diberikan oleh PPD.

 

 

(e)

Pihak sekolah/institusi juga boleh mendapatkan maklumat tentang pendaftaran calon MUET untuk sekolah/institusi melalui portal MPM www.mpm.edu.my.

 

 

(f)

Pihak sekolah/institusi perlu mendapatkan Nama Pengguna dan Kata Laluan daripada SPP JPN  untuk masuk ke dalam sistem pendaftaran online ini. SUP sekolah/institusi dinasihatkan untuk memuat turun/mencetak Manual Sekolah dalam http://online.mpm.edu.my yang terpapar pada ikon sekolah untuk rujukan sebelum memulakan aplikasi sistem pendaftaran online tersebut.

 

 

(g)

Pengetua sekolah/institusi hendaklah mengarahkan SUP untuk mengurus pendaftaran sekolah/institusinya dengan mengambil tindakan yang berikut:

 

 

 

(i)

Mengemaskini maklumat sekolah yang terdapat dalam sistem pendaftaran online

 

 

 

(ii)

Mengisi data maklumat pendaftaran calon bagi sekolah/institusinya yang ingin menduduki MUET

 

 

 

(iii)

Mengenalpasti calon kurang upaya dari segi penglihatan (buta) dan kurang upaya dari segi anggota/spastik, rabun, kurang dengar/pekak, atau sengau dan mendaftarkannya bersama-sama calon lain tetapi pemberitahuan bahawa calon tersebut adalah calon istimewa dan keistimewaan yang dipohon adalah seperti tindakan pada para 6.

 

 

 

(iv)

Memastikan nombor PIN MEC disediakan dengan secukupnya oleh calon sekolah/institusi  yang ingin menduduki MUET

 

 

 

(v)

Menyemak maklumat awal pendaftaran calon melalui slip pendaftaran MUET (MUET/PP) seperti ejaan nama, nombor Kad Pengenalan dan maklumat lain yang tercatat pada MUET/PP adalah betul, dan mengemaskininya jika terdapat pindaan oleh calon sebelum talian pendaftaran online di sekolah ditamatkan. MUET/PP ini boleh digunakan sebagai bukti pendaftaran telah dibuat bagi menuntut Slip Daftar MUET (MUET/D) calon (jika maklumat calon tiada dalam semakan MUET/D).

 

 

 

(vi)

Memastikan data maklumat pendaftaran calon adalah betul sebelum talian pendaftaran online di sekolah/institusi ditamatkan

 

 

 

(vii)

Menyemak Slip Daftar MUET (MUET/D) bagi calon sekolah/institusinya dan memastikan MUET/D dicetak oleh calon sebagai tiket untuk menduduki ujian

 

 

 

(viii)

Memaklumkan maklumat calon sekolah/institusinya yang tercicir kepada SPP JPN atau Majlis Peperiksan Malaysia jika terdapat calon yang telah didaftarkan tiada dalam semakan MUET/D dengan kadar SEGERA

 

 

 

(ix)

Mematuhi tarikh akhir talian pendaftaran online dibuka dan penghantaran maklumat pendaftaran/bahan/dokumen pendaftaran yang berkaitan seperti yang telah ditetapkan oleh SPP JPN

 

5.2

Calon Persendirian individu

 

 

(a)

Pendaftaran calon persendirian individu dibuat secara online melalui portal MPM www.mpm.edu.my atau http://online.mpm.edu.my.

 

 

(b)

Calon persendirian individu dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat tentang pendaftaran MUET melalui portal MPM dan merujuk kepada Manual Calon Persendirian Individu yang terpapar pada ikon calon persendirian individu dalam http://online.mpm.edu.my untuk rujukan sebelum memulakan aplikasi sistem pendaftaran online tersebut.

 

 

(c)

Calon boleh memilih pusat ujian yang dikehendaki semasa membuat pendaftaran secara online tetapi kelulusan adalah tertakluk kepada SPP JPN. SPP JPN berhak untuk memindahkan calon persendirian individu ke pusat lain selain daripada yang telah dipilih.

 

 

(d)

Calon yang kurang upaya dari segi penglihatan seperti buta, rabun, atau ketidakupayaan dari segi anggota/spastik, atau ketidakupayaan dari segi pendengaran seperti kurang dengar/pekak atau ketidakupayaan dari segi pertuturan seperti sengau atau ketidakupayaan yang lain juga mendaftar secara online tetapi pemberitahuan bahawa calon tersebut adalah calon istimewa dan keistimewaan yang dipohon adalah seperti tindakan pada para 6.

6

CALON ISTIMEWA

 

(a)

Calon istimewa dari segi penglihatan (buta atau rabun), anggota (spastik), pendengaran (kurang dengar/pekak), pertuturan (sengau), dan selain daripada yang dinyatakan hendaklah dimaklumkan kepada SPP JPN selewat-lewatnya pada 28 November 2014 bagi MUET  Sesi Mac 2015, 20 Mac 2015 bagi MUET Sesi Julai 2015, dan 10 Julai 2015 bagi MUET Sesi November 2015.

 

(b)

Maklumat tentang ketidakupayaan dan keistimewaan yang dipohon hendaklah dimaklumkan dengan jelas dan lengkap dalam borang MUET/C5 atau MUET/C6(Pindaan 2006) (mana-mana yang berkenaan) mengikut jenis ketidakupayaan. Sila sertakan salinan dokumen sebagai bukti ketidakupayaan yang dialami seperti laporan perubatan, Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan pengesahan Pengetua (jika calon sekolah/institusi). Kemudahan yang boleh diberikan kepada calon istimewa hanya akan dipertimbang jika borang MUET/C5 atau MUET/C6 (Pindaan 2006) (mana-mana yang berkenaan) diterima oleh MPM.

 

(c)

Borang MUET/C5 atau MUET/C6(Pindaan 2006) dapat diperoleh dan dicetak daripada portal MPM www.mpm.edu.my.

Untuk mendapatkan borang yang berkaitan, sila klik borang MUET/C5 atau MUET/C6 (Pindaan 2006) .

7

PENYATA PENDAFTARAN CALON (MUET/PP)

 

(a)

Butiran pendaftaran awal calon boleh disemak melalui penyata pendaftaran calon (MUET/PP).  Bagi calon sekolah/institusi, jika terdapat sebarang pindaan pada nombor Kad Pengendalan atau ejaan nama, sila kemukakan pindaan tersebut kepada SUP sekolah/institusi untuk dikemaskinikan.

 

(b)

Calon persendirian individu perlu mengemaskini butiran pendaftaran sendiri secara online tetapi pengemaskinian tersebut hanya dihadkan sebanyak dua kali sahaja.

8

TARIKH PENDAFTARAN DAN TARIKH UJIAN

 

Kalendar MUET 2015 dapat diperoleh dan dicetak di portal MPM www.mpm.edu.my

9

ANGKA GILIRAN CALON DAN PUSAT UJIAN

 

(a)

Angka giliran calon bagi semua calon akan ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Angka giliran calon ini akan diberitahu melalui Slip Daftar MUET (MUET/D). 

 

(b)

Penempatan calon persendirian individu di sesebuah pusat ujian adalah tertakluk kepada kelulusan SPP JPN. SPP JPN berhak untuk memindahkan calon persendirian individu ke pusat lain selain daripada yang telah dipilih.

 

(c)

SPP JPN juga boleh menumpangkan calon sekolah/institusi di pusat lain jika difikirkan bilangan calon di sekolah/institusi tersebut tidak ekonomik dari segi pengendalian ujian. Namun demikian, pertimbangan ini perlu mengambil kira beberapa faktor seperti kedudukan geografi/lokasi dan latar belakang calon di sekolah/institusi tersebut. Namun demikian, perbincangan/perundingan dengan Pengetua sekolah/institusi yang berkenaan perlu dibuat sebelum tindakan ini diambil.  

10

SLIP DAFTAR MUET (MUET/D)

 

(a)

Pengesahan butiran pendaftaran calon untuk menduduki MUET akan diberitahu kepada calon dalam Slip Daftar MUET (MUET/D) melalui portal MPM www.mpm.edu.my mulai 26 Disember 2014 bagi MUET Sesi Mac 2015, 17 April 2015 bagi MUET Sesi Julai 2015, dan 6 Ogos 2015 bagi MUET Sesi November 2015. Jika maklumat calon tiada dalam semakan MUET/D, sila hubungi terus Majlis Peperiksaan Malaysia dengan kadar SEGERA.  Bagi calon sekolah/institusi, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia melalui Pengetua sekolah/institusi masing-masing.

 

(b)

Calon perlu mencetak MUET/D sendiri dan membawanya ke pusat ujian pada hari ujian sebagai tiket untuk menduduki ujian.

 

(c)

Calon hendaklah menyemak butiran yang tercatat pada MUET/D seperti nombor Kad Pengenalan, ejaan nama, angka giliran, pusat untuk menduduki ujian, tarikh, dan waktu ujian. Jika terdapat kesilapan, calon dikehendaki membuat pindaan pada slip MUET/D tersebut dan memulangkannya ke Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui Pengetua sekolah/institusi masing-masing bagi calon sekolah/institusi atau menghantarnya terus ke Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) bagi calon persendirian individu sebelum ujian pertama bermula. Pembetulan maklumat juga hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Pengawas di pusat ujian untuk dicatatkan dalam Buku Rekod Pengawasan. Pembetulan hanya akan dibuat pada slip keputusan MUET yang akan dikeluarkan kelak.

 

(d)

Calon hendaklah memastikan bahawa ejaan nama dan nombor Kad Pengenalan yang betul tertera pada Slip Daftar MUET (MUET/D). Calon hendaklah menggunakan nombor Kad Pengenalan yang sama semasa ujian kelak. Sebarang kesilapan akan menimbulkan salah faham dengan Pengawas ujian kelak dan akan menyusahkan calon sendiri.

 

(e)

Calon boleh menyemak status pendaftaran melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) dengan menaip MUET<jarak>INFO<jarak>No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.

11

PERPINDAHAN PUSAT UJIAN

 

(a)

Perpindahan dari satu pusat ke satu pusat ujian yang lain hanya akan dibenarkan jika alasan yang dikemukakan oleh calon adalah munasabah. Permohonan untuk berpindah pusat ujian dalam bandar yang sama tidak dibenarkan. Pemohon hendaklah melengkapkan borang  Permohonan Perpindahan Pusat Ujian (MUET/C2) yang dapat diperoleh dan dicetak daripada portal MPM www.mpm.edu.my. Permohonan hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri.

 

(b)

Bayaran perpindahan pusat ujian ialah RM25.00 dan dibuat dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia. Bayaran akan dikembalikan jika permohonan tidak diluluskan.

 

(c)

Tarikh tutup permohonan perpindahan pusat ujian ialah pada 9 Januari 2015 bagi MUET Sesi Mac 2015, 5 Mei 2015 bagi MUET Sesi Julai 2015, dan 21 Ogos 2015 bagi MUET Sesi November 2015. Status permohonan perpindahan pusat ujian boleh disemak di portal MPM www.mpm.edu.my.

Untuk mendapatkan borang MUET/C2, sila klik di sini

12

PENARIKAN DIRI

 

(a)

Calon yang menarik diri daripada menduduki MUET dikehendaki mengisi borang Calon Menarik Diri (MUET/C4) yang dapat diperoleh dan dicetak daripada portal MPM www.mpm.edu.my. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia bersama dengan surat buktinya sekali sebelum calon menduduki kertas ujian MUET yang pertama.

 

(b)

Calon yang menarik diri daripada menduduki ujian tidak akan dikembalikan yuran ujian kecuali calon yang sakit berpanjangan (surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan hendaklah dikemukakan) atau calon yang meninggal dunia (salinan surat Perakuan Kematian hendaklah dikemukakan oleh warisnya).

Untuk mendapatkan borang MUET/C4, sila klik di sini

13

KEPUTUSAN MUET

 

Keputusan MUET bagi calon sekolah/institusi akan dihantar kepada Pengetua sekolah/institusi berkenaan melalui SPP JPN manakala bagi calon persendirian individu, keputusan akan dihantar melalui pos.

 

Calon juga boleh menyemak keputusan ujian melalui portal MPM www.mpm.edu.my atau melalui SMS dengan menaip MUET<jarak>RESULT<jarak>No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.

14

RAYUAN SEMAK SEMULA KEPUTUSAN MUET

 

Calon boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET. Caj bagi rayuan menyemak semula keputusan ujian MUET ialah RM70.00. Tarikh tutup rayuan semak semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan. Maklumat lanjut tentang rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET dapat diperoleh melalui portal MPM www.mpm.edu.my.