PENDAFTARAN PEPERIKSAAN MENGGUNAKAN KAD KREDIT DAN PERBANKAN INTERNET
Harap maaf. Terdapat masalah teknikal bagi bayaran pendaftaran peperiksaan dengan menggunakan kad kredit dan perbankan internet. Sila dapatkan PIN MEC dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat.
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) STPM BAHARU (UTK SEKOLAH KERAJAAN SAHAJA)
Alamat laman Web bagi mengakses Manual PBS bagi mata pelajaran Mathematics (M), Mathematics (T), Informations And Communications Technology (ICT), Physics, Chemistry, Biology dan Sains Sukan telah ditukar seperti yang berikut:
http://www.mpm.edu.my/... ditukarkan kepada http://webmpm.mpm.edu.my/...
PENDAFTARAN MUET JULAI 2012
Tarikh pendaftaran menduduki peperiksaan MUET JULAI 2012 bagi semua calon akan mula dibuka pada 2 April 2012.
Pendaftaran ini akan ditutup pada 19 April 2012 (bagi calon sekolah kerajaan ) dan pada 3 Mei 2012 (bagi calon sekolah swasta dan calon persendirian individu ).
KENYATAAN AKHBAR KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STPM 2011
- Kenyataan Akhbar oleh Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohd. Noh Bin Dalimin, Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia tentang keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Tahun 2011.
- Lampiran Kenyataan Akhbar.
PERKARA MUSTAHAK UNTUK PEPERIKSAAN STPM 2012
SENI VISUAL KERTAS 3(970/3)-PROJEK PENGHASILAN KARYA
Dimaklumkan bahawa bahan yang berikut boleh dimuat turun dan dicetak oleh guru Seni Visual daripada portal Majlis Peperiksaan Malaysia mulai 10 Februari 2012 (Jumaat).
(a) Projek Penghasilan Karya (Arahan Kerja Kursus dan Soalan Kerja Kursus Seni Visual) STPM 2012 untuk edaran kepada calon sekolah kerajaan yang mengambil mata pelajaran Seni Visual(970)
(b) Arahan Pengendalian Projek Penghasilan Karya Kepada Guru Seni Visual dan Pengetua
(c) Bahan Taklimat Kepada Jurulatih Utama Tentang Pengendalian Kerja Kursus Seni Visual STPM 2012.
MUET TAHUN 2012
Mulai tahun 2012, MUET akan dijalankan sebanyak tiga kali, iaitu pada sesi Mac, sesi Julai, dan sesi November. Tarikh buka dan tutup pendaftaran serta tarikh ujian boleh didapati pada Kalendar Peperiksaan STPM dan MUET Tahun 2012.
PENDAFTARAN PEPERIKSAAN STPM TAHUN 2012
Tarikh pendaftaran menduduki peperiksaan STPM Tahun 2012 bagi semua calon akan mula dibuka pada 9 Januari 2012. Pendaftaran ini akan ditutup pada
10 Februari 2012 (bagi calon sekolah kerajaan ) dan pada 29 Mac 2012 (bagi calon sekolah swasta dan calon persendirian individu ).
SISTEM PENDAFTARAN PEPERIKSAAN ONLINE
Panduan Pendaftaran Peperiksaan Online













