Calon Peperiksaan


Pendaftaran MEdSI

(i) Siapakah yang layak memohon ujian MEdSI?

Calon lepasan STPM/setaraf yang berminat untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dan berminat untuk mengikuti Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di IPTA.  Calon-calon yang memenuhi syarat umum dan syarat khas, akan dipilih oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (JPT, KPTM) untuk menduduki ujian MEdSI.

 

(ii) Bagaimanakah cara untuk memohon menduduki ujian MEdSI?

Pihak KPTM akan menyiarkan iklan berkenaan tawaran permohonan untuk program pendidikan di IPTA (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah). Calon yang berminat boleh membuat permohonan yang dibuka secara atas talian (on-line) di laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, KPTM (http://upu.mohe.gov.my).

 

(iii) Bagaimanakah cara untuk menyemak status menduduki ujian MEdSI?

Calon yang memohon, perlu menyemak status menduduki ujian MEdSI di portal MPM. Calon perlu mengambil perhatian tarikh semakan status menduduki ujian MEdSI semasa iklan tawaran permohonan dan makluman oleh pihak JPT, KPTM di media massa. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ujian MEdSI, sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-88706755/6766 atau laman web  Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, KPTM (http://upu.mohe.gov.my).

 

(iv) Bagaimanakah cara untuk menyemak status calon untuk sesi temu duga (berjaya melepasi ujian bertulis MEdSI)?

Semakan panggilan temu duga disiarkan di laman  Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, KPTM (http://upu.mohe.gov.my). Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan temuduga, sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-88706755/6766 atau laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, KPTM (http://upu.mohe.gov.my).