W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  green  blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama CEFR Readiness Soalan Lazim

Apakah ujian profisiensi kesediaan CEFR-Readiness?

Berdasarkan persetujuan KPM dengan kesatuan guru dalam Mesyuarat sesi pertemuan KPM dengan Kesatuan Guru berkenaan peningkatan kualiti BI dalam kalangan guru dan pensyarah Bahasa Inggeris pada 27.8.2019, ujian yang akan diduduki oleh PPP opsyen BI dinamakan sebagai CEFR-Readiness menggunakan format MUET dengan tujuan mengetahui tahap penguasaan Bahasa Inggeris berdasarkan piawaian CEFR dalam kalangan PPP Opsyen BI.

Ujian profisiensi kesediaan CEFR-Readiness ditawarkan secara one-off dan PERCUMA untuk semua PPP opsyen BI HANYA untuk pendaftaran NOVEMBER/DISEMBER 2019 SAHAJA. PPP opsyen BI yang tidak mencapai tahap penguasaan minimum CEFR C1 boleh ulang pentaksiran tersebut mengikut komponen (kemahiran pertuturan/ kemahiran mendengar/ kemahiran membaca/ kemahiran menulis) dengan pembiayaan sendiri.

Ulangan dibenarkan bagi 1 hingga 3 komponen sahaja.

Siapa yang perlu menduduki ujian profisiensi kesediaan CEFR-Readiness?

  • PPP opsyen BI yang tidak tahu tahap penguasaan Bahasa Inggeris berdasarkan CEFR.
  • PPP opsyen BI yang belum mencapai tahap penguasaan minimum CEFR C1 bagi Kumpulan 1 dan CEFR C2 bagi Kumpulan 2.
  • PPP bukan opsyen BI yang mengajar Bahasa Inggeris adalah digalakkan

Mengapakah PPP opsyen BI perlu mencapai tahap penguasaan minimum CEFR C1 (Kumpulan 1) atau C2 (Kumpulan 2)?

PPP opsyen BI perlu berada pada satu tahap lebih tinggi daripada murid. Tahap CEFR bagi murid PostSecondary adalah tahap CEFR B2. Tahap CEFR juga akan diambil kira bagi perkara berikut:

  • Penempatan dan pelantikan PPP opsyen BI baharu di sekolah (lepasan IPG dan UA);
  • Pelantikan sebagai pemeriksa kertas peperiksaan awam; dan
  • Permohonan tajaan Pendidikan bagi bidang Bahasa Inggeris KPM

Bagaimana PPP opsyen BI boleh memohon untuk ujian profisiensi kesediaan CEFR-Readiness?

Pendaftaran boleh dibuat melalui portal MPM mengikut sesi yang ditetapkan.

Sekiranya PPP opsyen BI tidak menduduki ujian profisiensi kesediaan CEFR-Readiness pada tarikh yang ditetapkan, adakah mereka boleh menduduki pada masa akan datang?

PPP opsyen BI perlu menduduki ujian profisiensi kesediaan CEFR-Readiness mengikut kumpulan dan tarikh yang dipilih semasa pendaftaran.

Ujian profisiensi kesediaan CEFR-Readiness ditawarkan SEKALI SAHAJA.

Sekiranya PPP opsyen BI yang menduduki ujian CEFR-Readiness Sesi 1 tidak mencapai tahap CEFR C1 atau C2 kerana satu, dua atau tiga komponen, adakah mereka perlu mengulang keseluruhan pentaksiran tersebut?

Ulangan mengikut komponen (kemahiran pertuturan/ kemahiran mendengar/ kemahiran membaca/ kemahiran menulis) dengan pembiayaan sendiri dibenarkan untuk ujian profisiensi kesediaan CEFR-Readiness.

Ulangan dibenarkan bagi 1 hingga 3 komponen sahaja.

Adakah ujian profisiensi kesediaan CEFR-Readiness ulangan masih percuma?

Terdapat bayaran bagi ujian profisiensi CEFRReadiness ulangan. Maklumat berkaitan ulangan CEFR-Readiness boleh dirujuk di portal MPM.

Berapakah yuran yang perlu dibayar bagi ujian profisiensi kesediaan CEFR-Readiness sesi ulangan?

Bayaran bagi CEFR-Readiness sesi ulangan adalah seperti berikut:

  • 1 komponen: RM50
  • 2 komponen: RM75
  • 3 komponen: RM100

Adakah keputusan ujian profisiensi kesediaan CEFR-Readiness mempunyai tempoh sah laku (validity period)?

Tiada tempoh sah laku (validity period) untuk keputusan ujian profisiensi kesediaan CEFR-Readiness.

Apakah ujian profisiensi lain yang boleh diduduki oleh PPP opsyen BI untuk mengetahui tahap penguasaan Bahasa Inggeris masing-masing?

Ujian lain yang telah dijajarkan dengan CEFR adalah:

  • MUET
  • Aptis
  • IELTS
  • TOELF

(Sila rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 6 Tahun 2017).

Tatacara permohonan dan pelaksanaan pentaksiran ini tertakluk kepada pembekal pekhidmatan yang berkaitan.

Adakah PPP opsyen BI dibenarkan mengambil ujian MUET selepas ujian profisiensi kesediaan CEFR-Readiness berakhir?

Ujian profisiensi kesediaan CEFR-Readiness adalah tawaran one-off sahaja. PPP opsyen BI dibenarkan mengambil ujian MUET jika masih belum mencapai tahap CEFR C1 atau C2.

Mengapakah PPP opsyen BI yang bertugas di bahagian-bahagian KPM perlu menduduki ujian profisiensi kesediaan CEFR-Readiness?

Berdasarkan faktor penempatan pegawai di Bahagian KPM yang boleh ditempatkan semula di sekolah pada bila-bila masa.

Sekiranya ujian profisiensi kesediaan CEFR-Readiness diadakan pada hari bekerja, adakah calon boleh mengambil Cuti Tanpa Rekod?

Calon boleh mengambil Cuti Tanpa Rekod. Namun, pengambilan Cuti Tanpa Rekod bagi menduduki ujian tersebut tertakluk kepada Perintah Am 44 & 57 Bab C atau Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9/1991.

Siapakah yang tidak perlu mendaftar dan menduduki ujian profisiensi kesediaan CEFR-Readiness ini?

PPP opsyen BI yang:

  • Telah berada pada tahap CEFR C1/C2
  • Mempunyai tempoh perkhidmatan 2 tahun sebelum bersara WAJIB dari 1.1.2020

Adakah PPP opsyen BI yang telah menghadiri Kursus Pro-ELT dan telah menduduki ujian lain sebelum ini tetapi belum mencapai tahap CEFR C1/C2 boleh mendaftar serta menduduki ujian profisiensi kesediaan CEFR-Readiness ini?

PPP opsyen BI yang telah menghadiri Kursus Pro-ELT dan telah menduduki ujian lain sebelum ini tetapi belum mencapai tahap CEFR C1/C2 BOLEH mendaftar serta menduduki pentaksiran profisiensi kesediaan CEFR-Readiness.

PPP opsyen BI yang berada pada tahap CEFR C1 tidak dibenarkan menduduki ujian CEFR-Readiness.

Calon Peperiksaan
Orang Awam
Warga MPM