- Calon yang kehilangan Slip Keputusan MUET/Sijil MUET boleh memohon untuk mendapatkan Salinan Sijil MUET atau Penyata Keputusan MUET yang sah.
- Salinan Sijil MUET ialah salinan kepada Sijil MUET yang asal. Hanya calon yang menduduki MUET mulai sesi November 2013 sehingga sekarang yang boleh memohon Salinan Sijil MUET. Calon perlu melengkapkan Borang Permohonan Salinan Sijil STPM/MUET (MPM/S2) dan menghantarnya ke Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bersama-sama dengan bayaran sebanyak RM40.00.
Untuk mendapatkan MUET/S2, sila klik di sini - Penyata Keputusan MUET ialah penyata yang sah yang mengandungi nama, nombor kad pengenalan, sesi ujian, angka giliran, keputusan MUET, dan tarikh luput. Penyata Keputusan MUET boleh dipohon oleh calon Sesi November 2013 dan sebelumnya. Calon perlu melengkapkan Borang Permohonan Penyata Keputusan STPMM/MUET (MPM/S3) dan menghantarnya ke Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bersama-sama dengan bayaran sebanyak RM20.00 (permohonan kali pertama), RM30.00 (permohonan kali kedua), dan RM50.00 (permohonan kali ketiga).
Untuk mendapatkan MUET/S3, sila klik di sini. - Bagi calon yang memohon melalui pos, Salinan Sijil MUET/Penyata Keputusan MUET akan dipos kepada calon dua hari selepas permohonan yang lengkap diterima di MPM, manakala calon yang memohon di kaunter MPM akan menerima Salinan Sijil MUET/Penyata Keputusan MUET dalam masa setengah jam selepas permohonan yang lengkap diterima di kaunter.
Kehilangan Slip Keputusan MUET
- Butiran
- 213075