W3C

W3C

Color Theme: red  green  blue
Font Size:
A- A A+
Font Type:
Home Berita Majlis Menandatangani MoU Antara MPM dan USIM PACE

2 Disember 2025 (Selasa): Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) hari ini menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) bersama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) PACE (Professional Advancement & Continuing Education Centre).

Dalam majlis menandatangani MoU ini, USIM PACE telah diwakili oleh YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin bin Md Shaarani, Naib Canselor, USIM manakala MPM telah diwakili oleh YBrs. En. Badrul Hisham Bin Abdullah, Ketua Eksekutif, MPM.

Majlis ini diadakan bersempena dengan Mesyuarat Majlis Peperiksaan Malaysia Bil.4/2025 (ke-172) dan telah disaksikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff, Pengerusi, MPM yang juga Naib Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Ahli Majlis yang lain.

Tujuan kerjasama ini merangkumi pelaksanaan ujian Malaysian University English Test (MUET) secara on Demand (MoD) di pusat-pusat ujian MUET di luar negara yang akan melibatkan pegawai peperiksaan bertauliah MPM bagi memastikan pengelolaan ujian berjalan lancar dan mematuhi standard yang ditetapkan.

Melalui jalinan kerjasama ini juga, MPM dan USIM PACE akan dapat meneroka peluang baharu pada peringkat antarabangsa secara bersama bagi melaksanakan atau memperkenalkan peperiksaan baharu pada masa hadapan mengikut keperluan dan permintaan semasa dunia pendidikan.

Dalam kepimpinan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff, sebagai Pengerusi MPM yang juga Naib Canselor UPSI, MPM sentiasa komited dalam usaha memperluas jaringan kerjasama strategik demi meneroka peluang baharu pada peringkat antarabangsa disamping memperkukuh dan mengangkat martabat sistem pentaksiran negara ke peringkat global.

#mpm #menjanapentaksiranjitu #MoU #USIM #UPSI

Candidates
Public
JPN