19 Dis 2025 (Jumaat)- Majlis Peperiksaan Malaysia telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Global Psytech Sdn. Bhd. melalui kerjasama strategik yang bertujuan memperkukuhkan sistem pentaksiran serta meningkatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan.
Diharapkan jalinan kerjasama ini akan membuka ruang kepada inovasi, memperluas peluang pembangunan platform pentaksiran digital, serta memberikan manfaat berterusan kepada calon dan pihak berkepentingan.
#mpm #menjanapentaksiranjitu
