27 Januari 2026 (Selasa) - Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) YBrs. Encik Badrul Hisham Bin Abdullah telah mengadakan mesyuarat dan perbincangan dengan Prof. Dr. Yin Xiaoyuan, Vice President of Hunan University of Technology (HUT), Prof. Dr. Zhang Dongmei, Director, Office of International Cooperation and Exchange HUT, dan Mr. Zhu Heping, Dean, School of Packaging Design and Art HUT dengan kerjasama Elite Empowerment Centre Sdn. Bhd. bagi tujuan mengelolakan Ujian Malaysian University English Test (MUET) dan Latihan MUET di wilayah Hunan, China.
Perbincangan dan kunjungan hormat ini telah meneroka peluang pelbagai bentuk kerjasama dan seterusnya dapat memberikan peluang yang lebih luas kepada calon antarabangsa untuk menduduki ujian MUET, sekaligus memperkukuh kedudukan MPM sebagai badan pentaksiran bertaraf global.
Ketua Eksekutif, MPM turut menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara HELP University, Malaysia dengan Hunan University of Technology, China dalam kerjasama penyelidikan. HELP University telah diwakili oleh Mr. Adam Chan Eu-Khin, Executive Deputy Chairman of HELP Education Group dan Ms. Tao Youhong, Executive Director, Elite Empowerment Centre.
#mpm #menjanapentaksiranjitu #MUETInternational