W3C

W3C

Color Theme: red  green  blue
Font Size:
A- A A+
Font Type:
Home Berita Sesi Libat Urus Antara Majis Peperiksaan Malaysia Dengan Jawatankuasa Perwakilan Tingkatan Enam Kebangsaan

Pada 13 Mac 2026, telah berlangsung Sesi Libat Urus antara Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan Jawatankuasa Perwakilan Tingkatan Enam (JPTE) Kebangsaan di Ixora Hotel Penang.

Sesi libat urus ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Badrul Hisham bin Abdullah, Ketua Eksekutif MPM. Turut hadir YBrs. Encik Ahmad Kamal bin Hj Abdul Hadi, Tmbalan Ketua Eksekutif 1, MPM, Puan Mashitoh binti Shafie, Ketua Penolong Pengarah dan Encik Mohd Azril bin Othman, Ketua Penolong Pengarah dari Unit Pengurusan Lepas Menengah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan.

Pertemuan ini menjadi ruang penting untuk berkongsi pandangan, membincangkan isu berkaitan Tingkatan Enam serta mengukuhkan hubungan kerjasama antara pihak Majlis Peperiksaan Malaysia dan wakil pelajar seluruh negara.

Semoga sesi seperti ini terus membuka ruang dialog yang konstruktif demi memperkasa pendidikan Tingkatan Enam di Malaysia.

Turut diadakan Sesi Penyerahan Sijil Watikah Pelantikan kepada semua Ahli Jawatankuasa Perwakilan Tingkatan Enam Kebangsaan - JPTE yang disampaikan oleh Ketua Eksekutif MPM.

#TingkatanEnam #JPTEKebangsaan #MPM #menjanapentaksiranjitu

Candidates
Public
JPN