22 Mei 2026 (Jumaat) - Majlis Peperiksaan Malaysia telah menerima kunjungan dari Nanjing Forestry University (NJFU), dan GCC Cultural Service Sdn. Bhd, pagi ini.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Badrul Hisham Bin Abdullah, Ketua Eksekutif MPM. Turut hadir mengetuai delegasi ialah Prof. Dr. Yin Tongming, Naib Presiden NJFU, serta Mr. Yang Chengcheng, Pengarah Eksekutif Wilayah GCC Cultural Service Sdn. Bhd.
Pertemuan ini menjadi platform penting untuk meneroka peluang kerjasama antarabangsa dalam bidang pendidikan, pembangunan akademik serta jaringan strategik global. Antara agenda utama yang dibincangkan termasuk hala tuju kolaborasi, potensi projek bersama dan mekanisme kerjasama masa hadapan.
Semoga pertemuan ini membuka lebih banyak peluang kerjasama yang memberi manfaat kepada semua pihak serta memperkukuh hubungan antarabangsa dalam sektor pendidikan dan pembangunan bakat.
#MPM #Menjanapentaksiranjitu #KolaborasiStrategik #PendidikanAntarabangsa #Networking #MEC #NJFU #GCCCulturalService #KerjasamaGlobal