- Perpindahan menumpang dari satu pusat ujian ke satu pusat ujian yang lain adalah sangat terhad dan bergantung kepada kapasiti pusat ujian yang masih mempunyai kekosongan dan boleh menampung calon selepas pusat ujian dikemaskini. Calon hendaklah memohon secara dalam talian melalui pautan url http://apps.mpm.edu.my/pp_muet/public/register.
- Permohonan perpindahan pusat ujian ini adalah untuk SEMUA KERTAS sahaja (Listening, Speaking, Reading, dan Writing).
- Bayaran perpindahan menumpang pusat ujian MUET untuk calon persendirian individu ialah RM25.00 manakala untuk calon sekolah/institusi ialah bayaran sebanyak RM35.00 (termasuk kos pengeposan sijil sebanyak RM10.00) dan dibuat secara dalam talian melalui perbankan elektronik.
- Permohonan pindah menumpang pusat ujian dibuka dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh MUET/D mula dimuatnaik di portal MPM.
- Calon yang berjaya menukar pusat ujian hendaklah menyemak MUET/D baharu yang akan dikemaskinikan di portal MPM dua minggu selepas permohonan ditutup. MUET/D yang terdahulu adalah terbatal.
Transfer of MUET Test Centre
- Details
- 179608