W3C

W3C

Color Theme: red  green  blue
Font Size:
A- A A+
Font Type:
Home STPM STPM Certificates

New Document

  1. Calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan hendaklah mengambil sijil STPM mereka di sekolah masing-masing., manakala Sijil STPM Calon Persendirian Individu dan Calon sekolah swasta akan dipos kepada calon mengikut alamat surat menyurat yang digunakan semasa membuat pendaftaran. Pengeposan adalah menggunakan pos laju.

  2. Calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan diberi tempoh 24 bulan (2 tahun) selepas sijil STPM dihantar kepada Pengarah Pendidikan Negeri (u.p. Sektor/Unit Pentaksiran dan Peperiksaan) untuk mengambil sijil mereka di sekolah masing-masing. Selepas tempoh tersebut, pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri akan mengembalikan sijil STPM yang tidak dituntut kepada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Calon yang ingin mendapatkan sijil STPM selepas tempoh tersebut hendaklah berurusan terus dengan MPM (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) dan akan dikenakan caj sebanyak RM50.00. Bayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan money order atau bank draft atas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia.

  3. Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG TUNTUTAN SIJIL STPM

  4. Calon yang kehilangan sijil STPM boleh memohon kepada Majlis Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan penyata keputusan peperiksaan STPM yang disahkan atau salinan sijil STPM.

    1. Bagi permohonan mendapatkan penyata keputusan, caj sebanyak RM30.00. Bayaran hendaklah dibuat dengan money order atau bank draft atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia. Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG memohon penyata keputusan peperiksaan STPM.
    2. Bagi permohonan mendapatkan salinan sijil, calon akan dikenakan caj sebanyak RM60.00. Bayaran hendaklah dibuat dengan money order atau bank draft atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia. Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG memohon salinan sijil STPM.
  5. Calon yang ingin mendapatkan transkrip STPM dalam versi bahasa Inggeris hendaklah mengemukakan perkara-perkara yang berikut:

    1. Surat atau borang permohonan transkrip sijil yang menyatakan alamat universiti dalam/luar negara yang dipohon. Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG memohon transkrip sijil STPM.
    2. Salinan fotokopi slip keputusan atau salinan fotokopi sijil STPM
    3. Bagi permohonan transkrip sijil STPM dalam bahasa Inggeris untuk dalam negara, bayaran perkhidmatan dikenakan adalah sebanyak RM60.00 (termasuk bayaran pos laju). Manakala, untuk luar negara, bayaran perkhidmatan dikenakan adalah sebanyak RM50.00 (tidak termasuk bayaran pos mengikut kadar yang ditetapkan oleh negara tersebut). Bayaran perkhidmatan hendaklah dibuat secara money order atau bank draft atas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia.
  6. Transkrip sijil STPM dalam versi bahasa Inggeris akan dihantar terus oleh Majlis Peperiksaan Malaysia ke universiti/institusi yang berkenaan tanpa melalui calon. Walau bagaimanapun, salinan transkrip sijil STPM dan salinan surat penghantaran transkrip ke universiti/institusi berkenaan akan dihantar kepada calon.

  7. Sekiranya terdapat sebab tertentu keputusan calon dibatalkan, MPM berhak menarik balik sijil STPM yang telah dikeluarkan kepada calon.

Candidates
Public
MEC Staff