W3C

W3C

Color Theme: red  green  blue
Font Size:
A- A A+
Font Type:
previous arrow
next arrow
Slider
separator Calon Persendirian Individu yang ingin mendaftar MUET kini TIDAK PERLU membeli Pin MEC sebaliknya terus mendaftar melalui https://muet.mpm.edu.my     

ANNOUNCEMENT

STRATEGIC PARTNERS

Untuk sebarang pertanyaan, maklum balas, aduan dan cadangan mengenai
Majlis Peperiksaan Malaysia, sila hubungi:

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG
68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN

Portal Rasmi MPM : https://www.mpm.edu.my
Telefon : 03-61261600
Faksimili : 0361361488/61375581/61367329
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Selepas keputusan peperiksaan bagi setiap semester, bolehkah calon membuat rayuan terhadap keputusan peperiksaan?

Rayuan boleh dibuat kepada MPM berserta dengan bayaran.

Bolehkah calon mengulang peperiksaan tanpa membuat rayuan terlebih dahulu?

Ya, calon boleh mengulang peperiksaan tanpa membuat rayuan terlebih dahulu kepada MPM

Adakah calon boleh mengulang kerja kursus untuk membaiki keputusan peperiksaan?

Calon yang ingin mengulang kerja kursus untuk membaiki keputusan peperiksaannya tidak boleh melaksanakan semula kerja kursus. Calon dikehendaki menduduki kertas peperiksaan bertulis bagi menggantikan kerja kursus. Sekiranya tidak ada kertas peperiksaan yang sedemikian bagi sesuatu mata pelajaran, maka markah kerja kursus yang diperoleh dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan digunakan untuk skor kerja kursus tahun mengulang. Kemudahan ini tidak boleh digunakan sekiranya calon mengulang peperiksaan STPM dua tahun atau lebih selepas menduduki peperiksaan pertama.

Adakah calon boleh mengulang kerja kursus bagi semester pertama, semester, kedua, dan semester ketiga?

Calon tidak boleh mengulang kerja kursus bagi semester pertama, semester kedua, dan semester ketiga.

Adakah calon mengulang boleh mengikuti kelas calon lain bagi kertas yang ingin diulang? Contohnya, calon yang ingin mengulang kertas 1 mengikuti kertas calon yang bakal menduduki kertas 1?

Calon mengulang boleh mengikuti kelas calon lain bagi kertas yang ingin diulang. Hal ini bergantung kepada kebenaran pihak sekolah.

Apakah perbezaan antara peperiksaan STPM yang sedia ada dengan peperiksaan STPM yang baharu?

Pengajian STPM sama ada yang sedia ada atau yang baharu mengambil masa selama tiga semester (satu setengah tahun). Peperiksaan STPM yang sedia ada ditadbirkan pada hujung semester ketiga manakala peperiksaan STPM yang baharu ditadbirkan sebanyak tiga kali, iaitu pada setiap hujung semester.

Apakah ciri baharu dalam sukatan pelajaran STPM ini?

Ciri baharu dalam sukatan pelajaran STPM ini ialah

  1. jumlah kandungan kurikulum bagi sesuatu mata pelajaran dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu satu bahagian untuk satu semester
  2. bilangan waktu pengajaran disediakan untuk memudahkan guru merancang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
  3. hasil pembelajaran disediakan untuk memberikan panduan kepada guru dan pelajar tentang skop dan apa yang hendak diuji untuk setiap tajuk dan subtajuk
  4. calon diwajibkan melaksanakan amali, kerja kursus, atau kerja lapangan secara Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi setiap mata pelajaran kecuali Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Literature in English, dan Further Mathematics.

Apakah ciri baharu peperiksaan STPM ini?

Ciri baharu peperiksaan STPM ini ialah

  1. peperiksaan diadakan pada akhir setiap semester
  2. pentaksiran dilaksanakan secara peperiksaan bertulis dan kerja kursus
  3. calon dibenarkan mengulang peperiksaan bagi setiap semester untuk memperbaiki keputusan

Bilakah peperiksaan STPM yang baharu akan dilaksanakan?

Peperiksaan STPM yang baharu akan dilaksanakan pada tahun 2012.

Mengapakah sistem terminal diubah?

Sistem terminal diubah supaya selaras dengan sistem pengajian pasca menengah yang lain dan sistem pengajian di IPT.

Adakah jumlah waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam peperiksaan STPM yang baharu berubah?

Jumlah waktu P&P dalam peperiksaan STPM yang baharu tidak berubah, iaitu kekal sebanyak 240 jam, bersamaan dengan 360 waktu, iaitu 40 minit per waktu. Penggal pengajian adalah mengikut semester persekolahan yang sedia ada.

Adakah peperiksaan STPM yang baharu mendapat pengiktirafan daripada luar negara?

Ya.

Berapakah bayaran yuran untuk menduduki peperiksaan STPM yang baharu?

Bayaran yuran asas untuk menduduki peperiksaan adalah sebanyak RM120.00 manakala bayaran yuran bagi setiap mata pelajaran adalah sebanyak RM90.00.

Berapakah bayaran yuran untuk mengulang peperiksaan bagi setiap kertas?

Bayaran yuran untuk mengulang peperiksaan bagi setiap kertas adalah sebanyak RM50.00

Bagaimanakah guru boleh mendapat maklumat tentang kaedah pengendalian dan pemeriksaan kerja kursus?

Guru boleh mendapatkan maklumat tentang kaedah pengendalian kerja kursus melalui Eduweb TV (www.eduwebtv.com). Guru boleh merujuk kepada Jurulatih Utama (JU) Negeri sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.

Adakah tugas guru sebagai pemeriksa kerja kursus dibayar elaun pemeriksaan untuk semua jenis calon?

Tidak. Guru yang mentaksir calon sekolahnya sendiri tidak akan dibayar elaun pemeriksaan kerja kursus. Elaun pemeriksaan hanya dibayar kepada guru yang dilantik sebagai pemeriksa kerja kursus bagi calon sekolah swasta dan calon persendirian individu.

Adakah guru perlu memberikan penjelasan kepada ibu bapa tentang pelaksanaan kerja kursus dan kemungkinan calon perlu berada di luar sekolah bagi tujuan memenuhi keperluan kerja kursus?

Guru mata pelajaran yang terlibat perlu memberikan penjelasan kepada ibu bapa tentang pelaksanaan kerja kursus dan kemungkinan calon perlu berada di luar sekolah bagi tujuan memenuhi keperluan kerja kursus. Sekolah boleh mengeluarkan garis panduan kepada ibu bapa sebagai makluman tentang keperluan kerja kursus.

EXAM 2023
  • STPM Semester 3 2023 (Bertulis)
  • STPM Ulangan 2 2023 (Bertulis)
  • MUET Sesi 1 2024 (Writing)
  • MUET Sesi 1 2024 (Speaking)
  • STPM Semester 3 2023 (ULBA)
  • STPM Ulangan 1 2023 (Bertulis)
  • STPM Semester 1 2024 (Bertulis)
Candidates
Public
MEC Staff