W3C

W3C

Color Theme: red  green  blue
Font Size:
A- A A+
Font Type:
Home FAQ STPM Soal Jawab Bersama Pelajar SMK Batu Lintang, Kuching, Sarawak

Adakah gred akhir STPM menggunakan CGPA atau markah?

Gred akhir STPM menggunakan CGPA (PNGK).

Contoh:

Mata

pelajaran

Nama

kertas

Kod

kertas

Gred kertas

Nilai Gred Kertas

Gred mata pelajaran

Nilai Gred mata pelajaran

Penarafan

PENGAJIAN AM

Pengajian Am 1

900/1

C+

2.33

B

3.00

Lulus penuh

Pengajian Am 2

900/2

B

3.00

Pengajian Am 3

900/3

B+

3.33

kerja kursus

900/4

A

4.00

BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu 1

910/1

D

1.00

C+

2.33

Lulus penuh

Bahasa Melayu2

910/2

C+

2.33

Bahasa Melayu 3

910/3

B

3.00

kerja kursus

910/4 & 910/5

A

4.00

Adakah perkataan ULANGAN diamsukkan dalam slip keputusan STPM?

Tidak. Jika keputusan peperiksaan ULANGAN 1 Pengajian Am lebih baik daripada keputusan peperiksaan PENGGAL 1 Pengajian Am maka keputusan peperiksaan ULANGAN 1 Pengajian Am sahaja akan digunakan. Di dalam slip keputusan STPM hanya akan tercatat nama kertas, iaitu Pengajian Am 1.

Adakah MPM ada mengeluarkan buku teks atau buku rujukan STPM?

Tidak. MPM tidak pernah mengeluarkan buku teks manakala buku rujukan yang terdapat di dalam Sukatan Pelajaran STPM hanyalah sebagai panduan dan contoh sahaja. Pelajar boleh menggunakan buku rujukan lain yang didapati sesuai di pasaran. Semua aspek pengajaran dan pembelajaran perlulah bersandarkan kepada kandungan dalam Sukatan Pelajaran STPM bagi mata pelajaran yang berkenaan. Kebanyakan buku rujukan di pasaran adalah dihasilkan oleh orang luar. Pelajar tingkatan 6 merupakan pelajar yang sudah matang (pra-U) dan pelajar boleh mencari sendiri maklumat dengan melayari internet dan melalui buku-buku yang sesuai yang boleh didapati di pasaran.

Bagi yang mengambil ULANGAN 3, adakah keputusan STPM dikeluarkan sebelum kemasukan ke Universiti?

Pelajar yang mengambil ULANGAN 1 dan ULANGAN 2, tetapi tidak mengambil ULANGAN 3, keputusan penuh STPM akan dikeluarkan pada bulan Mac. Bagi pelajar yang mengambil ULANGAN 3, mereka tidak akan menerima keputusan STPM pada bulan Mac, sebaliknya keputusan penuh STPM mereka akan dikeluarkan pada akhir bulan April. Bahagian Kemasukan Universiti telah menasihatkan sama ada pelajar yang mendapat keputusan pada bulan Mac atau akhir bulan April hendaklah terus mengisi permohonan kemasukan ke universiti secara dalam talian apabila di buka. MPM akan menghantar keputusan penuh STPM semua pelajar terus kepada Bahagian Kemasukan Universiti sebagai pengesahan tulen.

Adakah peluang lepasan STPM memasuki Universiti lebih baik berbanding dengan lepasan Matrikulasi atau Asasi?

Bahagian Kemasukan Universiti meletakkan lepasan STPM sebagai pilihan utama untuk mengikuti program di IPTA. Lulusan STPM juga diterima masuk ke universiti luar Negara, antaranya ialah United Kingdom, Ireland, Scotland, Australia, New Zealand, India, dan Singapura. Ini kerana keputusan STPM diiktiraf oleh Cambridge Assessment, UK.

Adakah penggunaan Bahasa Kebangsaan menjadi keutamaan di IPTA?

Ya. Penggunaan Bahasa Kebangsaan sudah lama dilaksanakan di IPTA. Namun begitu, difahamkan bahawa pihak universiti akan melaksanakan pengajaran dalam Bahasa Inggeris sekiranya terdapat seorang pelajar luar negara (tertakluk kepada pihak universiti yang berkenaan).

Adakah markah kokurikulum diambil kira untuk memasuki di IPTA?

Bahagian Kemasukan Universiti masih menggunakan pencapaian akademik sebagai pilihan utama ke IPTA. Dasar pengambilan pelajar ke IPTA adalah mengikuti meritokrasi tanpa kuota. Ranking STPM masih didasarkan kepada markah Akademik, iaitu empat (4) mata pelajaran terbaik termasuk Pengajian Am

Mengapakah pendaftaran ujian MUET tiada lagi untuk memperbaiki keputusan?

MPM melaksanakan ujian MUET 3 kali setahun. Tujuannya adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk memilih masa yang sesuai dan bersedia sepenuhnya untuk menduduki ujian MUET. Pelaksanaan ujian MUET 3 kali setahun bererti sela antara satu sesi hanyalah 4 bulan. Masa yang singkat ini menyebabkan MPM dan JPN akan mengalami kesulitan dari segi pendaftaran calon, pencetakan kertas soalan, penentuan pusat ujian, pemilihan pengawas, pengurusan pentadbiran peperiksaan, mesyuarat penyelarasan, penandaan skrip jawapan, pemerosesan keputusan, mesyuarat standard, dan mengeluarkan keputusan. Sehubungan dengan itu, pelajar yang mengambil MUET sesi semasa senantiasa mempunyai peluang memperbaikinya pada MUET sesi berikutnya kerana ditawarkan 3 kali setahun.

Candidates
Public
MEC Staff