W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  green  blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama Berita MPM Raih Tiga Pengiktirafan di A-ATP Annual Conference 2026

3 November 2026 (Selasa) | Crowne Plaza Kuala Lumpur City Centre

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melakar satu lagi pencapaian membanggakan apabila berjaya menerima tiga pengiktirafan sempena penganjuran A-ATP 2026 Annual Conference yang menghimpunkan kira-kira 500 peserta serta barisan penceramah antarabangsa daripada industri teknologi pendidikan (EdTech), pengujian dan pentaksiran, penggubal dasar serta ahli akademik dari pelbagai negara termasuk Asia, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Tiga pengiktirafan yang diterima ialah:

🏅 Excellence in Cross-Border EdTech Award

Malaysian Examinations Council

🏅 Excellence in Social Impact for Equity and Inclusion

Malaysian Examinations Council

🏅 Rising Star in Assessment and Education Award

YBrs. Dr. Shafiza Mohamed

Persidangan ini turut menampilkan lebih 30 sesi perkongsian yang merangkumi pembentangan, perbahasan, bengkel, pameran inovasi dan diskusi panel, sekali gus menyediakan platform bagi perkongsian ilmu, pertukaran pandangan serta penerokaan peluang kerjasama di peringkat antarabangsa.

MPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas pengiktirafan yang diberikan. Pencapaian ini merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan terhadap komitmen serta usaha berterusan MPM dalam memperkasa bidang pendidikan, teknologi dan pentaksiran.

MPM akan terus mempertingkatkan keupayaan, memperkukuh kepakaran serta meneroka peluang kerjasama strategik bagi memastikan MPM kekal relevan, berdaya saing dan terus menjadi badan pentaksiran negara yang berwibawa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga MPM!

#MPM #MajlisPeperiksaanMalaysia #AATP2026 #AnnualConference #EdTech #AssessmentAndEducation #InternationalRecognition #StrategicCollaboration

Calon Peperiksaan
Orang Awam
JPN