W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  green  blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama Soalan Lazim STPM Pengenalan STPM

Apakah perbezaan antara peperiksaan STPM yang sedia ada dengan peperiksaan STPM yang baharu?

Pengajian STPM sama ada yang sedia ada atau yang baharu mengambil masa selama tiga semester (satu setengah tahun). Peperiksaan STPM yang sedia ada ditadbirkan pada hujung semester ketiga manakala peperiksaan STPM yang baharu ditadbirkan sebanyak tiga kali, iaitu pada setiap hujung semester.

Apakah ciri baharu dalam sukatan pelajaran STPM ini?

Ciri baharu dalam sukatan pelajaran STPM ini ialah

  1. jumlah kandungan kurikulum bagi sesuatu mata pelajaran dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu satu bahagian untuk satu semester
  2. bilangan waktu pengajaran disediakan untuk memudahkan guru merancang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
  3. hasil pembelajaran disediakan untuk memberikan panduan kepada guru dan pelajar tentang skop dan apa yang hendak diuji untuk setiap tajuk dan subtajuk
  4. calon diwajibkan melaksanakan amali, kerja kursus, atau kerja lapangan secara Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi setiap mata pelajaran kecuali Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Literature in English, dan Further Mathematics.

Apakah ciri baharu peperiksaan STPM ini?

Ciri baharu peperiksaan STPM ini ialah

  1. peperiksaan diadakan pada akhir setiap semester
  2. pentaksiran dilaksanakan secara peperiksaan bertulis dan kerja kursus
  3. calon dibenarkan mengulang peperiksaan bagi setiap semester untuk memperbaiki keputusan

Bilakah peperiksaan STPM yang baharu akan dilaksanakan?

Peperiksaan STPM yang baharu akan dilaksanakan pada tahun 2012.

Mengapakah sistem terminal diubah?

Sistem terminal diubah supaya selaras dengan sistem pengajian pasca menengah yang lain dan sistem pengajian di IPT.

Adakah jumlah waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam peperiksaan STPM yang baharu berubah?

Jumlah waktu P&P dalam peperiksaan STPM yang baharu tidak berubah, iaitu kekal sebanyak 240 jam, bersamaan dengan 360 waktu, iaitu 40 minit per waktu. Penggal pengajian adalah mengikut semester persekolahan yang sedia ada.

Adakah peperiksaan STPM yang baharu mendapat pengiktirafan daripada luar negara?

Ya.

Calon Peperiksaan
Orang Awam
Warga MPM