W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  green  blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama UPBMG Pengenalan

Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) pada dasarnya ialah satu ujian untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Melayu untuk semua guru yang mengajarkan Bahasa Melayu di semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). UPBMG menguji empat kemahiran iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Keempat-empat komponen kemahiran bahasa tersebut digunakan dalam menentukan tahap kompetensi bahasa dalam Kurikulum Standard Bahasa Melayu (KSBM).

Calon UPBMG terdiri daripada guru-guru yang mengajarkan Bahasa Melayu sama ada yang opsyen Bahasa Melayu dan bukan opsyen bahasa Melayu. Namun begitu, sasaran utama bagi tahun 2022 hingga 2025 ialah calon guru terdiri daripada guru bukan opsyen Bahasa Melayu yang sedang mengajarkan Bahasa Melayu disekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan, dan sekolah agama bantuan kerajaan di bawah KPM.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila layari Laman Utama Mantap BM di pautan https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/upbmg/utama

Calon Peperiksaan
Orang Awam
Warga MPM