W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  green  blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama Profil MPM Latar Belakang

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia [Akta 225] ialah sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis perasmian penubuhan MPM telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu, iaitu YB Dato' Musa bin Hitam pada 22 April 1980.

Matlamat penubuhan MPM

Matlamatnya adalah untuk mengelolakan peperiksaan-peperiksaan tertentu dan semua perkara lain yang perlu atau bersampingan dengan peperiksaan-peperiksaan itu. Antara peperiksaan yang diwartakan seperti berikut:

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1982 untuk menggantikan peperiksaan Higher School Certificate (HSC) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) yang dikendalikan oleh University of Cambridge Local Examinations Syndicate (UCLES).
  • Selepas pengambilalihan kedua-dua peperiksaan tersebut oleh MPM, nama peperiksaan STP dan HSC telah ditukar kepada peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Penubuhan MPM juga bertujuan untuk merealisasikan pengendalian peperiksaan tersebut dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya. Hal ini bersesuaian dengan pelaksanaan dasar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dari peringkat pendidikan rendah hingga peringkat pendidikan prauniversiti, iaitu tingkatan enam.

Bidang Tugas/Fungsi MPM

Fungsi Utama Berdasarkan Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980 [Akta 225], tugas utama MPM ialah mengelolakan

  1. peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sejak tahun 1982
  2. ujian Malaysian University English Test (MUET) sejak tahun 1999. Mulai tahun 2019, di samping MUET sesi, ujian MUET juga telah ditawarkan secara kaedah ujian MUET on Demand (MoD)
  3. Ujian Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi Warganegara Asing (SKBMW) sejak tahun 2016

Ujian lain yang dimiliki oleh MPM ialah ujian psikometrik yang dikenali Career Selection Inventory for Malaysian (CaSIM 1 dan CaSIM II) yang dilancarkan pada tahun 2011. Ujian ini digunakan bagi memilih calon yang sesuai untuk mengikuti program yang bersesuaian di IPT dan bagi tujuan memilih pekerja berdasarkan minat kerjaya, personaliti, kecerdasan emosi, nilai integriti, dan kemahiran insaniah.

Bagi menambah keyakinan calon untuk menduduki MUET sebelum menduduki ujian sebenar, MPM juga ada menyediakan latih tubi secara dalam kepada calon yang dikenali sebagai Trial MUET Reading dalam Achieve A. Calon yang berminat boleh menduduki latihan latih tubi secara dalam tersebut di portal MPM.

MPM juga telah mengendalikan peperiksaan/ujian bagi pihak luar secara kolaborasi untuk peperiksaan/ujian yang berikut.

  1. Peperiksaan Penialaian Tahap Kecekapan bagi anggota Perkhidmatan Pelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) (2003-2011)
  2. Malaysian Information Technology Examination (MITPE) dengan Multimedia Technology Enhancement Operations Sdn. Bhd. (METEOR) (2005-2010)
  3. Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dengan Kementerian Pengajian Tinggi (2012-2013)
  4. Ujian Malaysian University Selection Yearly Inventory (MUnSYI) dengan Universiti Sains Malaysia (USM) (2009-2014)
  5. Shariah Registered Financial Planner Capstone dengan Malaysian Financial Planner Capstone (2010-2015)
  6. Ujian Penilaian Kompetensi Kemahiran Pedagogi Guru Sains, teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (2016)
  7. Aplikasi Korpus MUET dan Aplikasi MUETLex dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) (2017)
  8. Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) (sejak 2017)
  9. Peperiksaan Imtihan al-Kafaah Li al-Lughah al- Arabiyya (IKLA) dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (2019)
  10. Medical Specialist Pre-Entrance Examination (MedEx) atau Peperiksaan Prakemasukan Ijazah Lanjutan Perubatan dengan Majlis Dekan-Dekan Perubatan Universiti Awam Malaysia (2019)
  11. Ujian Prospek Kerjaya dengan MIMOS Bhd. (2017-2020)
  12. Ujian CEFR Readiness (ujian kompetensi Bahasa Inggeris untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Opsyen Bahasa Inggeris) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (2020)
  13. Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (2021)
Calon Peperiksaan
Orang Awam
Warga MPM