Komitmen kami adalah untuk menyediakan sukatan pelajaran dan mengendalikan peperiksaan dengan cekap dan teratur.
Dalam melaksanakan tugas ini, kami akan memastikan yang berikut :
Icon List Heading
Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM dikeluarkan 8 bulan sebelum peperiksaan semester 1
Icon List Heading
Sukatan Pelajaran Peperiksaan STPM dikeluarkan 18 bulan sebelum peperiksaan semester 1
Icon List Heading
Peraturan, Spesifikasi, dan Format Ujian bagi MUET dikeluarkan 18 bulan sebelum ujian sesi 1
Icon List Heading
Keputusan peperiksaan STPM dikeluarkan dalam tempoh 15 minggu selepas tarikh akhir peperiksaan
Icon List Heading
Keputusan MUET dikeluarkan dalam tempoh 10 minggu selepas tarikh akhir ujian
Icon List Heading
Sijil STPM dikeluarkan selewat-lewatnya pada bulan Julai
Icon List Heading
Penyata keputusan peperiksaan STPM dan penyata keputusan MUET yang dipohon melalui pos akan dikirimkan kepada pemohon dalam tempoh dua hari bekerja selepas permohonan diterima oleh MPM, dan yang dipohon di kaunter akan disiapkan dalam tempoh 30 minit selepas permohonan yang lengkap dan betul diterima
Icon List Heading
Salinan Sijil STPM san salinan Sijil MUET yang dipohon melalui pos akan dikirimkan kepada pemohon dalam tempoh dua hari bekerja selepas permohonan diterima oleh MPM, dan yang dipohon di kaunter akan disiapkan dalam tempoh 30 minit selepas permohonan yang lengkap dan betul diterima