W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  green  blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama Berita Perasmian Pusat Ujian Malaysian University English Test (MUET) di Guangzhou City Construction College, China

GUANGZHOU (CHINA) 13 Januari 2025– Guangzhou City Construction College (GZCCC) secara rasminya telah diluluskan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sebagai pusat ujian Malaysian University English Test (MUET) di Guangzhou, China. Kelulusan ini diberikan setelah pemeriksaan spesifikasi pusat ujian MUET oleh MPM yang pemeriksaannya dilaksanakan sendiri oleh delegasi MPM yang diketuai oleh Ketua Eksekutif MPM, iaitu Encik Adnan bin Husin.

Surat kelulusan sebagai pusat ujian MUET telah diserahkan oleh Ketua Eksekutif MPM kepada GZCCC, Republik Rakyat China yang diwakili oleh Encik Li Guonian, Executive President of GZCCC dan Encik Zhang Shuang, Dean of School of Continuing Education, GZCCC.

Dengan penyerahan surat kelulusan tersebut, GZCCC secara rasminya telah menjadi salah satu pusat ujian MUET di China. Inisiatif pembukaan pusat MUET ini adalah hasil kerjasama antara MPM dengan rakan strategik MPM di Malaysia, iaitu Censon Consultant.

Majlis penyerahan surat kelulusan ini turut disaksikan oleh Director of Censon Consultant, iaitu Encik Anson Tan dan Encik Mao Xianfeng (Mark).

Delegasi MPM yang hadir untuk inspektorat pusat ujian pada majlis penyerahan surat kelulusan pusat MUET di GZCCC ialah Encik Badrul Hisham bin Abdullah, Timbalan Ketua Eksekutif 1, Encik Muhammad Fiqree Syamim bin Md Aminrol, Pegawai Undang-Undang, YBrs. Dr. Ahmad Zufrie bin Abd Rahman, Pegawai Peperiksaan MUET, dan Encik Amir bin Abdul Jaya, Pegawai Peperiksaan.

#mpm #menjanapentaksiranjitu #muetinternational

Calon Peperiksaan
Orang Awam
JPN
Warga MPM