SANYA (CHINA) 14 April 2025– University of Sanya, Hainan, secara rasminya telah diluluskan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sebagai pusat ujian Malaysian University English Test (MUET) di Sanya, Hainan, China.
Kelulusan ini diberikan setelah pemeriksaan spesifikasi pusat ujian MUET oleh MPM yang pemeriksaannya dilaksanakan sendiri oleh delegasi MPM yang diketuai oleh Ketua Eksekutif MPM, iaitu YBrs. Encik Adnan bin Husin.
Surat kelulusan sebagai pusat ujian MUET telah diserahkan oleh Ketua Eksekutif MPM kepada Associate Prof. Dr. Che Ye, Vice President of Geely Talent Development Group Co. Ltd. dan disaksikan oleh Prof. Dr. Wang Dan, Executive President University of Sanya.
Dengan penyerahan surat kelulusan tersebut, University of Sanya secara rasminya telah menjadi salah satu pusat ujian MUET di China. Inisiatif pembukaan pusat MUET ini adalah hasil kerjasama antara MPM dengan rakan strategik MPM di Malaysia, iaitu IETS Sdn. Bhd.
Majlis penyerahan surat kelulusan disaksikan oleh Pengerusi IETS Sdn. Bhd, iaitu Prof. Emeritus Tan Sri Panglima Dr. Abu Hassan Othman.
Turut hadir Encik Badrul Hisham bin Abdullah, Timbalan Ketua Eksekutif 1, Encik Muhammad Fiqree Syamim bin Md Aminrol, Pegawai Undang-Undang, YBrs. Dr. Ahmad Zufrie bin Abd Rahman, Pegawai Peperiksaan MUET, dan Encik Amir bin Abdul Jaya, Pegawai Peperiksaan dalam sesi inspektorat pusat ujian dan majlis penyerahan surat kelulusan pusat MUET di University of Sanya
Semoga dengan pencapaian ini dapat meningkatkan lagi kebolehpasaran ujian MUET di peringkat antarabangsa.
#mpm #menjanapentaksiranjitu #MUETINTERNATIONAL