17 November 2025 (Isnin) - Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengadakan mesyuarat dan perbincangan dengan Mrs. Shi Jijun, Member of Party Group and Deputy District Mayor of Binhai New Area People's Government, Tianjin, China dan Mr. Liu Yongxin, Vice President of Tianjin Coastal Polytechnic, Tianjin, China bagi tujuan mengelolakan Ujian Malaysian University English Test (MUET) dan Latihan MUET di wilayah Tianjin, China.
Perbincangan dan kunjungan hormat ini telah meneroka peluang pelbagai bentuk kerjasama yang boleh dijalinkan pada masa hadapan dan seterusnya dapat memberikan peluang yang lebih luas kepada calon antarabangsa untuk menduduki ujian MUET, sekaligus memperkukuh kedudukan MPM sebagai badan pentaksiran bertaraf global.
#MPM #MUET #GlobalPartnership #EducationExcellence #InternationalCollaboration