15 Disember 2025 (Isnin) - Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Aset Alih dan Stor Kerajaan Tahun 2025 yang disampaikan oleh Puan Nor Hidayah binti Hamid, Akauntan dari Institut Perakaunan Negara, hari ini.
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kefahaman dan kompetensi kakitangan MPM dalam pengurusan aset alih dan stor kerajaan agar dilaksanakan secara teratur, berintegriti dan mematuhi peraturan kewangan yang berkuat kuasa.
Semoga penganjuran kursus ini dapat memperkukuh amalan pengurusan aset yang lebih cekap, telus dan berakauntabiliti, seterusnya menyokong penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan dan berkualiti.
#mpm #menjanapentaksiranjitu #KursusPengurusanAset