13 Mac 2026 (Jumaat) - Seramai 13 Pengetua Kolej Tingkatan Enam dan Ahli Jawatakuasa Perwakilan Tingkatan Enam (JTPE) Kebangsaan telah hadir ke Majlis Berbuka Puasa MADANI Ihya’ Ramadan KPM Tahun 2026/1447H di The Light Hotel, Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Sumbangan cek cura Papan Pintar kepada Kolej Tingkatan Enam dengan jumlah keseluruhan RM450,000.00 dan Sumbangan Peruntukan RM50,000.00 kepada Jawatankuasa Perwakilan Tingkatan Enam (JPTE) Kebangsaan telah disampaikan oleh YB Fadlina Sidek, Menteri Pendidikan yang disaksikan oleh YBrs. Encik Badrul Hisham bin Abdullah, Ketua Eksekutif MPM serta barisan tertinggi Kementerian Pendidikan.
Turut hadir, barisan pengurusan tertinggi Majlis Peperiksaan Malaysia, Pegawai MPM dan guru/pegawai pengiring di seluruh negeri.
#mpm #menjanapentaksiranjitu