21 April 2026 (Selasa) - Mesyuarat Majlis Peperiksaan Malaysia Bil. 1/2026 (Ke-173) telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia, Profesor Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff, Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia yang juga Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris ini membincangkan pelbagai perkara penting berkaitan hala tuju, tadbir urus serta pengukuhan peranan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam memastikan sistem pentaksiran negara terus relevan, berkualiti dan berintegriti.
MPM komited untuk terus memperkasakan sistem pentaksiran serta memperluas jaringan kerjasama demi memenuhi keperluan pendidikan dan profesional di peringkat nasional dan antarabangsa.
#mpm #menjanapentaksiranjitu #mesyuaratmajlis