21 April 2026 (Selasa) – Majlis Peperiksaan Malaysia telah menganjurkan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Majlis Peperiksaan Malaysia Dengan Universiti Awam bertempat di Kementerian Pendidikan Tinggi.
Sebanyak 17 Universiti Awam telah hadir dan menandantangani MoU ini sebagai simbolik menandakan satu percapaian dalam usaha memperkukuh strategi pengantarabangsaan bagi kedua-dua belah pihak. MPM dan Universiti Awam berpeluang memanfaatkan pusat ujian di luar negara bagi pelaksanaan ujian dan peperiksaan kelolaan masing-masing.
MoU ini telah ditandatangani antara Yang Berusaha Encik Badrul Hisham bin Abdullah, Ketua Eksekutif MPM dengan semua Naib Canselor daripada Universiti Awam.
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman disaksikan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi, Yang Berbahagia Datuk Profesor Dr. Azlinda binti Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff, Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Dr. Mohd Azam Bin Ahmad, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Yang Berusaha Encik Ahmad Kamal bin Haji Abdul Hadi, Timbalan Ketua Eksekutif 1 MPM dan Yang Berusaha Puan Sharifah Norsana binti Syed Abdullah, Timbalan Ketua Eksekutif 2 MPM.
#mpm #menjanapentaksiranjitu #mou