20 Mei 2026 (Rabu) – Satu sesi perjumpaan telah diadakan antara Pengurusan Tertinggi MPM yang diketuai oleh YBrs. Encik Badrul Hisham Bin Abdullah, Ketua Eksekutif MPM dengan YBhg. Dato’ Wan Hashim bin Wan Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), bertempat di Kementerian Pendidikan, Putrajaya.
Dalam sesi tersebut, Ketua Eksekutif MPM telah menyerahkan Surat Pelantikan kepada YBhg. Dato’ KSU KPM sebagai Ahli Majlis (Lembaga Pengelola MPM) selaras dengan peruntukan di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980 [Akta 225].
Selain itu, Ketua Eksekutif MPM turut menyampaikan taklimat ringkas berkaitan latar belakang MPM serta perkara-perkara strategik untuk makluman YBhg. Dato’ KSU KPM, termasuk perancangan MPM dalam mengantarabangsakan peperiksaan dan ujian kelolaan MPM. Semoga hubungan kerjasama erat antara MPM dengan KPM terus diperkukuh demi memperkasakan sistem pentaksiran pendidikan dan kecemerlangan pendidikan negara.
Turut hadir, YBrs. Encik Ahmad Kamal bin Haji Abd Hadi, Timbalan Ketua Eksekutif 1 MPM, YBrs. Puan Sharifah Norsana binti Syed Abdullah, Timbalan Ketua Eksekutif 2, dan Encik Amir bin Abdul Jaya, Pegawai Peperiksaan MPM pada sesi tersebut.
#MajlisPeperiksaanMalaysia #MPM #KPM #KunjunganHormat #Pendidikan #MalaysiaMadani