12 Ogos 2026 (Rabu) - Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menerima kunjungan Lembaga Peperiksaan (LP) bagi Lawatan Penandaarasan ke Pusat Peperiksaan Computer Based Test (CBT) di Eco Sky, Kuala Lumpur. Lawatan ini menjadi platform perkongsian amalan terbaik dan pertukaran pandangan berkaitan pengoperasian peperiksaan berasaskan komputer (CBT), aspek keselamatan dan integriti peperiksaan, serta penerapan teknologi digital dalam pengurusan dan pemprosesan peperiksaan.
Antara teknologi yang diberi tumpuan termasuk e-marking, OCR dan AI sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kecekapan, ketepatan dan inovasi dalam pengurusan peperiksaan. MPM merakamkan penghargaan kepada Lembaga Peperiksaan atas kunjungan serta sesi perkongsian dan perbincangan dua hala yang berlangsung dalam suasana konstruktif dan bermanfaat.
Semoga jalinan perkongsian ini terus memperkukuh transformasi digital, inovasi serta tadbir urus pengurusan peperiksaan demi penyampaian perkhidmatan pendidikan yang lebih cekap dan berintegriti.
#MajlisPeperiksaanMalaysia #MPM #LembagaPeperiksaan #LawatanPenandaarasan #MUETonDemand #MoD #TransformasiDigital #InovasiPeperiksaan #CBT