W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  green  blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama Sumber Arkib RFP/SRFP

Apakah peperiksaan RFP?

Peperiksaan RFP ialah peperiksaan profesional yang diadakan bertujuan untuk melahirkan financial planner dalam kalangan warga kerja terutamanya dalam sektor insurans dan perbankan. Bermula tahun 2010, MPM telah mengendalikan empat jenis peperiksaan RFP, iaitu Shariah RFP, Shariah RFP Ad-Hoc, Shariah RFP Capstone Programme, dan RFP Capstone Programme.

Berapakah modul RFP yang ditawarkan?

Peperiksaan Shariah RFP dan Shariah RFP Ad-Hoc terdiri daripada 7 modul, di mana Modul 1 hingga Modul 6 terdiri daripada soalan aneka pilihan (MCQ), manakala Modul 7 terdiri daripada daripada dua komponen, iaitu soalan esei dan kertas projek. Bagi Modul 7, calon perlu lulus kedua-dua komponen bagi mendapatkan gred lulus sebagai gred keseluruhan.

Bagi peperiksaan Shariah RFP Capstone Programme, modul ini terdiri daripada dua komponen, iaitu soalan aneka pilihan (MCQ) dan kertas projek, di mana calon perlu lulus kedua-dua komponen bagi mendapatkan gred lulus sebagai gred keseluruhan.

Bagi peperiksaan RFP Capstone Programme, modul ini juga terdiri daripada dua komponen, iaitu soalan aneka pilihan (MCQ) dan kertas projek, di mana calon perlu lulus kedua-dua komponen bagi mendapatkan gred lulus sebagai gred keseluruhan.

Siapakah yang layak menduduki peperiksaan RFP?

Bagi peperiksaan Shariah RFP dan Shariah RFP Ad-Hoc, calon perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga kredit dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Bagi peperiksaan Shariah RFP Capstone dan RFP Capstone, calon perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman bekerja dalam sektor kewangan/bidang berkaitan (sepenuh masa) dan:

  • mempunyai sijil sebagai RFP/Shariah RFP, CFP, CIFP (Part 1), atau
  • menjadi ahli kepada MIA, MICPA, CPS (Aust.), ACCA, Bar Council, ICSA, MAICSA, CIMA, atau
  • mempunyai Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, atau PhD dalam bidang yang berkaitan

Bagaimanakah cara mendaftar untuk menjadi calon peperiksaan RFP?

Calon perlu mendaftar dengan mengisi borang permohonan dengan Malaysian Financial Planning Council bagi semua jenis peperiksaan RFP.

Berapakah yuran peperiksaan yang dikenakan bagi peperiksaan RFP?

Yuran peperiksaan bagi peperiksaan Shariah RFP dan Shariah RFP Ad-Hoc ialah sebanyak RM150.00 per modul bagi Modul 1 hingga Modul 6, dan sebanyak RM500.00 bagi Modul 7. Bagi peperiksaan Shariah RFP Capstone Programme dan RFP Capstone Programme, yuran peperiksaan masing-masing ialah sebanyak RM500.00.

Bagaimanakah kaedah pembelajaran bagi calon mempersiapkan diri untuk menduduki peperiksaan?

Bagi peperiksaan Shariah RFP dan Shariah RFP Ad-Hoc, calon boleh memilih samada ingin mengikuti kursus secara kelas yang dianjurkan oleh MFPC atau secara belajar sendiri (self-study). Bagi peperiksaan Shariah RFP Capstone Programme dan RFP Capstone Programme, calon diwajibkan untuk mengikuti kursus secara kelas yang dianjurkan oleh MFPC.

Apakah kelebihan mendapat kelayakan dan pengiktirafan RFP?

Sebagai seorang Shariah RFP, calon telah mendapat pengiktirafan daripada Bank Negara Malaysia, manakala sebagai seorang RFP, calon telah mendapat pengiktirafan daripada Bank Negara Malaysia dan Securities Commission untuk menjalankan kerja-kerja sebagai seorang Penasihat Kewangan secara sah. Sebagai seorang Ordinary Member di MFPC, mereka juga layak untuk menikmati keistimewaan seperti diskaun untuk seminar, langganan majalah Financial 1st secara percuma, dan banyak lagi.

Calon Peperiksaan
Orang Awam
Warga MPM