W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  green  blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama Soalan Lazim MEdSI

Apakah ujian MEdSi dan bagaimanakah bentuk atau format soalannya?

Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia [Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)] ialah suatu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf di Institut Pengajian Tinggi Awam. Soalan dalam ujian ini adalah berbentuk psikometrik. Jumlah soalan ialah sebanyak 300 soalan yang perlu dijawab dalam masa 1 jam.

Mengapa saya tidak terpilih untuk menduduki ujian MedSI? Apakah kelayakan yang diperlukan?

MPM hanya membantu Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dalam urusan pengendalian ujian MEdSI. Dalam konteks ini, MPM hanya memproses senarai nama calon yang telah dipilih untuk menduduki ujian ini. Pemilihan dibuat oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Sebarang pertanyaan tentang kelayakan dan proses pemilihan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau telefon 03-88835858/88835801.

Calon Peperiksaan
Orang Awam
Warga MPM