W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  green  blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama Soalan Lazim STPM Pemilihan Matapelajaran

Apakah mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan STPM baharu ini?

Bil Kod Mata Pelajaran Mata Pelajaran
1. 900 Pengajian Am
2. 910 Bahasa Melayu
3. 911 Bahasa Cina
4. 912 Bahasa Tamil
5. 913 Bahasa Arab
6. 920 Literature in English
7. 922 Kesusteraan Melayu Komunikatif
8. 930 Syariah
9. 931 Usuludin
10. 940 Sejarah
11. 942 Geografi
12. 944 Ekonomi
13. 946 Pengajian Perniagaan
14. 948 Perakaunan
15. 950 Mathematics (M)
16. 954 Mathematics (T)
17. 956 Further Mathematics
18. 958 Information and Communication Technology
19. 960 Physics
20. 962 Chemistry
21. 964 Biology
22. 4966 Sains Sukan
23. 970 Seni Visual

Berapakah jumlah mata pelajaran yang boleh diambil oleh calon?

STPM baharu juga merupakan sijil terbuka. Calon boleh memilih mana-mana mata pelajaran, tertakluk kepada sekatan mata pelajaran tertentu. Bilangan maksimum mata pelajaran yang boleh diambil ialah lima, termasuk Pengajian Am. Untuk tujuan kemasukan ke IPTA, keputusan yang terbaik bagi empat mata pelajaran akan diambil kira termasuk Pengajian Am.

Bagaimanakah pelaksanaan kerja kursus bagi calon yang mengambil mata pelajaran di luar pakej yang ditawarkan di sekolah?

Calon yang mengambil mata pelajaran di luar pakej yang ditawarkan di sekolah dikehendaki menduduki kertas peperiksaan bertulis, iaitu Kertas 5 sebagai ganti Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Sekiranya sesuatu mata pelajaran tidak menawarkan Kertas 5, maka calon itu dikehendaki melaksanakan kerja kursus seperti calon persendirian individu.

Calon Peperiksaan
Orang Awam
Warga MPM