W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  green  blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama Soalan Lazim STPM Pelaksanaan Kerja Kursus

Adakah pelaksanaan kerja kursus mengambil alih pelaksanaan kajian projek penyelidikan dan kolokium yang dilaksanakan oleh pelajar Tingkatan Enam di bawah kelolaan Bahagian Pengururusan Sekolah Harian (Unit Tingkatan Enam)?

Penentuan sama ada pelaksanaan kajian projek penyelidikan dan kolokium yang dilaksanakan oleh pelajar Tingkatan Enam pada masa ini akan diteruskan atau tidak adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Unit Tingkatan Enam).

Apakah komponen yang terkandung dalam kerja kursus?

Komponen yang terkandung dalam kerja kursus ialah laporan kerja kursus, pembentangan hasil kerja kursus, dan soal jawab.

Adakah kerja kursus bagi setiap mata pelajaran dilaksanakan pada setiap semester?

Tidak. Pelaksanaan kerja kursus adalah mengikut keperluan mata pelajaran seperti dalam jadual di bawah.

Bil. Mata Pelajaran Semester
1
Semester
2
Semester
3
1. Pengajian Am   V  
2. Bahasa Melayu   V V
3. Bahasa Arab     V
4. Kesusteraan Melayu Komunikatif   V
5. Syariah   V  
6. Usuludin     V
7. Sejarah   V  
8. Geografi     V
9. Ekonomi     V
10. Pengajian Perniagaan     V
11. Perakaunan     V
12. Mathematics (M) V
13. Mathematics (T) V
14. Information and Communication Technology V
15. Physics V
16. Chemistry V
17. Biology V
18. Sains Sukan V
19. Seni Visual     V

Bagaimanakah kerja kursus bagi calon sekolah, calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu dilaksanakan?

Calon sekolah melaksanakan kerja kursus dengan dibimbing dan diperiksa oleh guru sekolah masing-masing. Calon sekolah swasta melaksanakan kerja kursus dengan bimbingan guru masing-masing tetapi pemeriksaan kerja kursus dilakukan oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM. Calon persendirian individu pula melaksanakan kerja kursus secara individu dan pemeriksaan kerja kursus dilakukan oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM.

Pelaksanaan Kerja Kursus

Bagi mata pelajaran dalam kumpulan A, calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu dikehendaki mengambil Kertas 4, iaitu kerja kursus.

Bagi mata pelajaran dalam kumpulan B, calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, dan calon sekolah swasta yang dibenarkan oleh MPM dikehendaki mengambil Kertas 4, iaitu kerja kursus. Calon persendirian individu dan calon sekolah swasta yang tidak dibenarkan oleh MPM untuk menjalankan kerja kursus pula dikehendaki mengambil Kertas 5, iaitu ujian amali bertulis bagi mata pelajaran sains dan latihan amali bertulis bagi mata peljaran Sains Sukan.

Bagi mata pelajaran dalam kumpulan C, semua jenis calon dikehendaki mengambil Kertas 4 dan Kertas 5, iaitu kerja kursus.

Bagi mata pelajaran dalam kumpulan D, semua jenis calon dikehendaki mengambil Kertas 5, iaitu kerja kursus.

Bagi mata pelajaran dalam kumpulan E, calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan dikehendaki mengambil Kertas 4, iaitu kerja kursus. Calon sekolah swasta dan calon persendirian individu pula dikehendaki mengambil Kertas 5, iaitu alternatif kajian luar (ujian bertulis) bagi mata pelajaran Geografi dan ujian kerja kursus bertulis bagi mata pelajaran Perakaunan.

Bagi mata pelajaran dalam kumpulan F, calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, dan calon sekolah swasta yang dibenarkan oleh MPM dikehendaki mengambil Kertas 4, iaitu kerja kursus. Calon sekolah swasta yang tidak dibenarkan oleh MPM dan calon persendirian individu tidak boleh mengambil mata pelajaran ini.

Bagi mata pelajaran dalam kumpulan G, calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan dikehendaki mengambil Kertas 3, iaitu projek. Calon sekolah swasta dan calon persendirian individu pula dikehendaki mengambil Kertas 4, iaitu ujian bertulis.

Bagaimanakah calon boleh memperoleh untuk menjalankan kerja kursus?

Calon boleh mendapatkan maklumat untuk menjalankan kerja kursus melalui portal MPM.

Berapakah lamakah waktu yang diperlukan untuk sesi perjumpaan atau konsultasi secara khusus berkaitan kerj kursus dalam jadual waktu megajar?

Waktu yang diperlukan untuk sesi perjumpaan atau konsultasi secara khusus berkaitan kerja kursus dalam jadual waktu mengajar tidak ditentukan secara khusus.

Adakah terdapat syarat tertentu tentang skop atau ruang lingkup kawasan yang dibolehkan untuk calon menjalankan kerja lapangan atau kajian luar?

Ya, khas untuk mata pelajaran Geografi, pemilihan lokasi kajian luar hendaklah mengambil kira jarak dari sekolah kerana ini akan melibatkan kos pengangkutan dan masa perjalanan. Perjalanan pergi dan balik dari lokasi seharusnya memakan masa tidak lebih daripada dua jam, dan pelajar mempunyai masa sekurang-kurangnya enam jam untuk melakukan kajian luar di lapangan.

Adakah MPM mengeluarkan surat kebenaran atau surat pengenalan rasmi yang memperakukan calon untuk menJalankan kerja kursus sama ada yang melibatkan kerja lapangan, kajian luar, atau yang memerlukan calon berjumpa dengan pihak ketiga?

Surat kebenaran atau surat pengenalan rasmi tidak dikeluarkan oleh MPM. Sekolah perlu menguruskan pengeluaran surat tersebut.

Adakah pembentangan kerja kursus boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan?

Pembentangan boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan, bergantung kepada kehendak kerja kursus bagi sesuatu mata pelajaran.

Adakah calon yang mendaftar lewat perlu melaksanakan kerja kursus?

Ya. Calon yang mendaftar lewat perlu melaksanakan kerja kursus.

Bagaimanakah calon yang mendaftar lewat melaksanakan kerja kursus?

Calon yang mendaftar lewat dikehendaki menyiapkan kerja kursus mengikut keperluan mata pelajaran yang diambil.

Apakah tindakan yang diambil oleh MPM atau guru jika terdapat calon yang tidak menyiapkan kerja kursus atau lewat menghantar kerja kursus?

Bagi semua mata pelajaran, kerja kursus hendaklah dihantar kepada guru/pemeriksa pada tarikh yang telah ditetapkan oleh MPM. Kegagalan calon menghantar kerja kursus pada tarikh yang telah ditetapkan akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah dan keputusan calon bagi mata pelajaran tersebut tidak akan dikeluarkan.

Adakah calon kelainan upaya dikehendaki melaksanakan kerja kursus?

Calon perlu mengemukakan permohonan berserta surat pengesahan doktor kepada MPM semasa pendaftaran untuk pengecualian kerja kursus. MPM akan meneliti permohonan calon kelainan upaya tersebut dan pengecualian yang diberikan adalah berdasarkan tahap ketidakupayaan calon.

Apakah pertimbangan khas diberikan kepada calon yang ditimpa kemalangan yang menyebabkan kerja kursus tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan?

Calon perlu menghantar hasil kerja kursus setakat mana hasil yang telah disiapkan. MPM akan meneliti permohonan calon tersebut dan pertimbangan khas akan diberikan berdasarkan tahap kemalangan yang dialami oleh calon.

Bagaiamakan penyetaraan markah kerja kursus bagi setiap pemeriksa dilakukan?

MPM akan melantik penyelaras mengikut negeri/zon. Mesyuarat penyelarasan antara penyelaras dan ketua pemeriksa akan diadakan sebelum pemarkahan kerja kursus dimulakan, dan penyelaras akan memberi taklimat kepada semua guru yang terlibat dengan pemarkahan kerja kursus. Semasa pemeriksaan dilaksanakan, penyelaras akan memantau dan menyederhanakan (moderate) pemarkahan pemeriksa.

Apakah prosedur keselamatan bahan kerja kursus yang telah dihantar oleh calon kepada guru?

Keselamatan bahan kerja kursus adalah di bawah tanggungjawab guru. Calon juga dinasihatkan agar menyimpan softcopy bahan yang dihantar kepada guru. MPM tidak akan bertanggungjawab ke atas keselamatan bahan yang dihantar kepada guru.

Apakah prosedur pelupusan bahan kerja kursus oleh pihak sekolah?

Bahan kerja kursus hendaklah dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh MPM.

Calon Peperiksaan
Orang Awam
Warga MPM