W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  green  blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama STPM Menarik Diri Dari Menduduki Peperiksaan

Penarikan Diri

  1. Calon yang menarik diri daripada peperiksaan tidak akan dikembalikan yuran peperiksaannya. Yuran peperiksaan hanya akan dikembalikan bagi kes yang berikut:
    1. Calon yang sakit berpanjangan. Surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan hendaklah dikemukakan.
    2. Calon yang meninggal dunia. Salinan surat perakuan/Sijil Kematian hendaklah dikemukakan oleh ahli keluarga atau warisnya kepada Majlis Peperiksaan Malaysia. (u.p. Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengendalian STPM dan MUET)
    3. Calon yang berjaya menyambung pelajaran ke IPTA/IPTS. Surat tawaran hendaklah dikemukakan.
    4. Atas sebab yang munasabah, tertakluk kepada keputusan MPM.
  2. Calon/waris yang ingin menuntut pengembalian yuran STPM hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Ketua Eksekutif MPM (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM dan MUET) berserta dengan slip pembelian PIN MEC atau resit pembelian bank draft/kiriman wang.

Nota:
Jumlah yuran yang bakal dikembalikan akan ditentukan oleh MPM dan yuran hanya akan dikembalikan selepas sesuatu sesi peperiksaan itu tamat.

 

Calon Peperiksaan
Orang Awam
Warga MPM